Friday, February 24, 2006

Penggulungan The Seven Battle

Assalamu a'laikum wrb

Alhamdulillah wa syukrulillah. Assolatuwassolamu a'la Rasulillah. Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT. Mudah-mudahan dengan mengucap syukur ke hadrat Allah SWT, akan ditambah nikmat ke atas kita oleh Allah, dengan nikmat-nikmat yang lain. Selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW, semoga dengan mengucapkan selawat dan salam ke atas RAsulullah SAW, akan bertambah kecintaan kita kepada Rasulullah SAW. Semoga dengan kecintaan itu, akan menjadi asbab buat kita untuk memperolehi syafaat Rasulullah SAW di akhirat nanti.

Saudara dan saudari yang dihormati sekelian. Tamatlah sudah tazkirah bersiri fasa satu di teratak_ilmu dibawah tajuk The Seven Battle. Secara ringkas, ianya mengupas akan peringkat-peringkat yang perlu dilalui oleh seorang Muslim untuk menghampirkan diri kepada Allah SWT. The Seven Battle merupakan rentetan syarahan oleh Allahyarham Tuan Guru Haji Ehsan Haji Harun berdasarkan Kitab Al Qatrul Ghaisiyah oleh Sheikh Ahmad Al Banjari dan Kitab Minhajul Abidin oleh Al Imam Ghazali rahimahumullahu ta'ala. Selama 10 minggu yang telah kita sama-sama lalui, kita telah berusaha mengupas setakat termampu, berbekalkan ilmu yang sedikit ini, memperincikan ketujuh-tujuh peringkat yang dinisbahkan kepada pertempuran kerana kesukaran dan pengorbanan yang dituntut dalam menghampirkan diri kepada Allaah SWT.

Secara ringkasnya, dalam merintis jalan mencari keredhaan dan ampunan Allah SWT, terdapat tujuh peringkat atau tujuh a,qabah yang perlu dihadapi oleh seorang muslim.Di nisbahkan kepada pertempuran, adalah kerana dalam menempuh ketujuh-tujuh peringkat atau a'qabah, merupakan sesuatu yang harus dilakukan dengan kesungguhan, teliti dan menuntut pengorbanan sama ada pengorbanan masa, harta dan sebagainya. Ketujuh-tujuh peringkat atau a'qabah atau pertempuran itu adalah :

1. A'qabatul Ilmi (Peringkat Ilmu)
2. A'qabatut Taubah (Peringkat Taubat)
3. A'qbatul A'wai'q (Peringkat Menghadapi Perkara Yang Menghalang Ibadah)
4. A'qabatul A'warid (Peringkat Menghadapi Perkara Yang Memesongkan Ibadah)
5. A'qabatul Bawai'th (Peringkat Berhdapan Dengan Perkara Yang Mendorong Ibadah)
6. A'qabatul Qawadih (Peringkat Berhadapan Dengan Perkara Yang Mencacatkan Ibadah)
7. A'qabatul Hamdi Wa Syukri (Peringkat Mengucap Puji dan Syukur)

PERTAMA : A'qabatul Ilmi (Peringkat Ilmu) kita disedarkan pentingnya Ilmu Fardhu Ain untuk difahami, diyakini dan diamalkan. Ilmu fardhu Ain yang dituntut kita pelajari dan amalkan ialah :

Ilmu Tauhid - Merangkumi persoalan rukun Iman dan kalimah syahadah. Dalam perosalan beriman kepada Allah SWT. Sekurang-kurangnya seseorang muslim mampu mendatangkan dalil aqli dan naqli kepada 20 sifat yang wajib bagi Allah SWT, 20 sifat yang mustahil bagi Allah dan satu sifat yang harus bagi Allah SWT. Seorang muslim wajib mampu mendatangkan dalil aqli dan dalil naqli walaupun secara ijmali.

Dalam persoalan beriman dengan Rasul dn Nabi, seorang muslim wajiblah mempelajari, memahami, meyakini akan Nabi & Rasul. Seorang muslim wajib mampu mendatangkan dalil aqli dan naqli walaupun secara ijmali (ringkas) akan 4 sifat yang wajib bagi Rasul/Nabi, 4 sifat yang wajib bagi Rasul/Nabi dan satu sifat yang harus bagi Rasul/Nabi. Ada 25 Rasul yang wajib diketahui oleh seseorang muslim. Dari Nabi Adam AS hinggalah Nabi Muhammad SAW. Di antara 25 orang Rasul yang wajib diketahui itu, ada pula 5 orang Nabi yang ulul azmi iaitu Nabi Nuh AS, Nabi Ibrahim AS, Nabi Musa AS, Nabi Isa AS dan Nabi Muhammad SAW. Yang dimaksudkan dengan ulul azmi ialah mempunyai keinginan yang teguh dan kesabaran yang tinggi dalam mengejar cita-cita dan matlamat yang telah diberikan oleh Allah SWT.

Dalam persoalan beriman dengan Malaikat, ada 10 malaikat yang wajib dipelajari, difahami dan diyakini oleh setiap Muslim.

Dalam persoalan beriman dengan Kitab, ada 4 kitab yang wajib diyakini oleh seseorang Muslim. Kitab Taurat diturunkan kepad Nabi Musa AS. Kitab Zabur kepada Nabi Daud AS, Kitab Injil kepada Nabi Isa AS dan Al Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW, penutup segala nabi.

Dalam persoalan beriman dengan hari kiamat, wajiblah seseorang muslim yakin akan hari pembalasan, syurga dan neraka, mizan, titian sirat, mahsyar dan sebagainya.

Dalam persoalan beriman dengan qadha dan qadar, wajiblah seseorang muslim yakin dengan ketentuan yang baik dan buruk ke atas dirinya. Walaupun hanya Allah yang memberi bekas, tetapi usaha dan ikhtiar adalah wajib bersesuaian dengan sunnatullah dan hukum adat.

Ilmu Fekah pula di dalamnya terkandung hal ehwal ibadah, munakahat, muamalat dan jenayah. Melalui ilmu ini, seseorang Muslim diajar bagaimana beribadah kepada Allah SWT. Diajar akan rukun dalam setiap ibadah. Juga ditunjukkan syarat sah dan batal sesuatu ibadah dengan jelas, sama ada ibadah solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya. Ianya juga menunjukkan jalan bagaimana menjalani hidup sebagai hamba Allah dan bagaimana hidup sebagai sebuah masyarakat Islam, sama ada dari segi kekeluargaan, dari segi hubungan kemasyarakatan dan dari segi menjaga hal ehwal keamanan fitrah yang telah Allah kurniakan kepada setiap insan yang bernama manusia.

Ilmu Tasauf adalah untuk menyuluh hal ehwal kerohanian atau hati kita, agar tetap lurus mentaati Allah dan Rasul Nya tanpa di pesongkan oleh bisikan yang sering mengajak ke arah kemungkaran. Oleh itu setiap muslim perlu mempelajari, memahami, meyakini 10 jenis sifat mahmudah (sifat terpuji) dan 10 jenis sifat mazmumah (terkeji).

Ketiga-tiga cabang ilmu inilah yang dituntut untuk kita pelajari, fahami, yakini dan diamalkan serta diperjuangkan.

KEDUA : A'qabatut Taubah (Peringkat Taubat). Peringkat ini seseorang wajiblah membersihkan dirinya dari dosa zahir dan batin. Taubat diwajibkan agar :

a. Kita mendapat keringanan dalam beribadah dan tiada kegusaran dan keresahan dalm hidup.
b. Ibadah kita diterima Allah SWT.

Ada dua jenis dosa yang dilakukan oleh seseorang muslim iaitu :

a. Dosa kepada Allah (melakukan larangan Nya atau meninggallkan suruhan Nya)
b. Dosa sesama manusia ( adalah yang berhubung dengan diri peribadi seseorang atau berkaitan dengan hartanya atau berkaitan dengan keluarganya atau berkaitan dengan agamanya)

Syarat taubat atas dosa kepada Allah SWT ada 3 :
1. Menyesal atas dosa
2. Meninggalkan perkara yang mengundang dosa
3. Berusaha untuk tidak mengulangi perbuatan yang mengundang dosa

Syarat taubat atas dosa sesama manusia ada 4 :
1. Menyesal atas dosa
2. Meninggalkan perkara yang mengundang dosa
3. Berusaha untuk tidak mengulangi perbuatan yang mengundang dosa
4. Memohon maaf dan kifarah kepada orang yang dilakukan dosa

KETIGA : A'qabatul A'waiq (Peringkat Berhadapan Dengan Penghalang Untuk Beribadah). Ada 4 perkara yang menghalang seseorang muslim untuk beribadah.

1. Dunia
2. Manusia (Fasiq, Munafiq, Kafir Harbi)
3. Syaitan
4. Nafsu (Nafsu Ammarah, Lauwamah, Mulhamah)

Untuk berhadapan dengan godaan duniawi. Hendaklah seseorang muslim itu bersifat zuhud.

Dalam menghadapi halangan yang ditimbulkan oleh manusia yang fasiq, munafik dan kafir harbi, maka hendaklah seseorang Muslim :1. Bersabar dengan kesusahan dan kesukaran yang ditimbulkan oleh mereka.2. Melengkapkan diri dengan ilmu Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah3.Beramala dengan ilmu Fardhu AIn dan Fardhu Kifayah4. Berdakwah kepada mereka5. Berhadapan dengan mereka sebagaimana mereka menyerang kita. Jika diserang dengan ekonomi kuffar, kita perangi dengan ekonomi Islam berlandaskan syariat.etc6. Berdoa kepada AllahUntuk berhadapan dengan halangan yang dilahirkan oleh syaitan ini, maka hendaklah kita :1. Melengkapkan diri dengan ilmu Fardhu Ain. 2. Gunakan ilmu Tauhid dan Feqah untuk mengenal halal dan haram. 3. Gunakanlah ilmu tasauf untuk menyuluh sifat mazmumah yang terkandung di dalam diri kita dan kikislah sifat tersebut dengan menggantinya dengan sifat mahmudah.4. Sentiasa berlapar5. Memohon perlindungan dengan Allah dari syaitan yang direjam
Bagi berhadapan dengan nafsu yang buruk iaitu Ammarah, Lauwamah dan mulhamah serta mempertingkatkan quality nafsu ke tingkatan yang lebih tinggi, maka seseorang itu hendaklah bermujahadatunnafsi melalui proses mujahadatunnafsi. Proses mujahadatunnafsi ini melibatkan 3 perkara. Yang pertama takhalli, iaitu mengikis/membuang sifat mazmumah(sifat terkeji) dalam diri. Kedua ialah tahalli, iaitu mengisi/menggantikan sifat mazmumah dengan sifat mahmudah (sifat terpuji). Dan yang ketiga tajalli, setelah seseorang telah berusaha mengungkai sifat mazmumah dan bersabar mengisi hatinya dengan sifat mahmudah, maka kemanisan dalam beribadah akan hadir, inilah yang dinamakan tajalli. Untuk melalui ketiga-tiga proses ini, maka seseorang itu hendaklah :1. Melengkapkan dengan ilmu Fardhu Ain dan beramal dengannya2. Mengekang sifat mazmumah dan memaksa diri menerima sifat-sifat mahmudah dengan sabar.3. Kekang bisikan hati, tindakan perbuatan dan percakapan dengan sifat taqwa.4. Berdoa kepada Allah.

KEEMPAT : A'qabatul A'warid (Peringkat Menghadapi Perkara Yang Memesongkan Ibadah). Andainya perkara yang menghalang seseorang muslim untuk beribadah berjaya di atasi, namun masih ada lagi perkara yang memesongkan dan melalaikan seseorang muslim untuk beribadah iaitu :

1. Rezeki - kerana kesibukan mencari rezeki, maka ibadah telah terlalai. Solat di ta'akhirkan, zikir wirid disingkatkan, bacaan Al Quran diabaikan. 2. Khuatir - kebimbangan yang melanda apabila melakukan ibadah.3. Musibah4. Qadha & Qadar


Jalan penyelesaian kepada keempat-empat masalah di atas :1. Hendaklah kita bertawakal kepada Allah SWT setelah kita berusaha dan berikhtiar.2. Berserah diri kepada Allah SWT kerana sebagai Yang Maha Pencipta, Allah lebih tahu akan masa depan kita. Allah yang Maha Mengathui masa depan kita dan Allah yang mentadbir kehidupan kita.3. Hendaklah bersabar dengan musibah yang melanda. Kuatkan pautan hati dengan Allah, dan ingatkan diri bahwa sebagai makhluk yang lemah tidak ada daya upaya kita untuk mengelakkannya melainkan dengan kudrah dan iradah Allah SWT.4. Sentiasalah mengucapkan Innalillahi wainna ilai hirajiun (Dari Allah aku datang dan kepada Allah aku kembali”5. Sentiasa mengucapkan La haula wala quwwata illah billah sebagai tanda kelemahan kita sebagai makhluk.6. Anggaplah musibah yang melanda sebagai kifarah dosa kita didunia dan sebagai ujian dari Allah untuk meningkatkan darjat kita disisi Allah SWT.7. Apabila ketentuan Allah datang berbentuk nikmat, ucapkanlah istighfar dan alhamdulillah. Syukurilah nikmat Allah dan ingatkan diri sendiri, seandainya nikmat yang hadir gagal ditadbir dengan hukum Allah, hakikatnya kita telah kufur nikmat.8. Bersabar dan redha dengan ketentuan Allah yang tidak kita ingini. Ingatkan diri bahwa kita adalah makhluk yang lemah dan Allah saja yang menjamin keselamatan di dunia dan di akhirat.
KELIMA : A'qabatul Bawai'th (Peringkat Berhdapan Dengan Perkara Yang Mendorong Ibadah). Dalam menyelusuri jalan mendekatkan diri kepada Allah SWT, Allah bekalkan buat hamba-hamba NYA 2 sifat yang mendorong untuk beribadah iaitu :

a. Khauf ( rasa takut atas ancaman Allah )
b. Raja' ( rasa harap atas ampunan dan rahmat Allah )

Kedua-dua sifat ini hyendaklah seimbang. Tidak boleh salah satu lebih dominan yang satu lagi. Jika khauf lebih diberati, ditakuti akan lahir manusia yang mudah berputus asa. Jika raja' yang lebih diberati, maka akan lahir manusia yang terlalu yakin dengan amalannya, dan merasa diri sudah dijamin syurga. Namun tatkala sampai sakaratul maut, hendaklah seseorang muslim itu meletakkan 100% rasa raja' atas rahmat Allah. Berbaik sangka dengan Allah. Untuk mendapatkan dan menguruskan 2 perkara yang mendorong ibadah, maka hendaklah :

1. Sentiasa mengingatkan diri dengan Akhirat. Ingatkan diri tentang azab siksaan Allah. Ingatkan diri tentang kenikmatan syurga Allah.2. Sentiasa ingatkan diri bahawa Allah Maha Hebat dan Allah Maha Pengampun.3. Sentiasa berzikir4. Membaca kisah para Nabi, Rasul, Para Sahabat dan orang di zaman salafussoleh.


KEENAM : A'qabatul Qawadih (Peringkat Berhadapan Dengan Perkara Yang Mencacatkan Ibadah). Ada dua sifat yang menjadi pokok kepada segala perkara-perkara yang mencacatkan ibadah iaitu :

a. Ujub - merasa hairan dengan diri sendiri, merasa dirinya amat istimewa, lain dari yang lain.

b. Riyak - melakukan sesuatu untuk mendapat anugerah dari makhluk dan bukan dari Allah SWT.

Faktor yang boleh menjadi sebab untuk berlaku ujub dan riyak ialah :

Darah keturunan
Jawatan pangkat kebesaran
Harta yang menggunung
Ilmu yang banyak
Wajah dan paras rupa yang indah dan cantik
Pengikut yang ramai
Kelebihan-kelebihan yang pada kebiasaan yang tidak terdapat pada orang lain
Manusia yang bersifat ujub dan riyak ini akan mendapat 2 keaiban dan 2 musibah iaitu :

a. Aib di hadapan malaikat dan aib di hadapan umat manusia di Padang Mahsyar.
b. Musibah kerana tidak beroleh syurga dan musibah dimasukkan ke neraka.

Ubat Riyak dan Ujub serta Cara Membersihkan Hati Daripada Riyak dan ujub
Memperkemaskan ilmu Fadhu Ain dan beramal dengannya. Dengan itu seseorang muslim akan sedar bahwa dirinya adalah hamba Allah yang hina. Hanya Allah tempat dipersembahkan segala amalan, bukan kepada makhluk. Hanya kepada Allah seseorang mengharapkan balasan dan bukannya mengharap anugerah pemberian makhluk.
Apabila menerima nikmat, segeralah mengingati Allah dan ucapkan kesyukuran atas nikmat yang diperolehi. Lantas segeralah beristighfar kepada Allah kerana takut nikmat yang bakal diperolehi menjadikan kita lupa bahawa nikmat itu merupakan ujian bujat diri kita. Bersegeralah mengucapkan la haula wala quwata illa billah sebagai tanda kelemahan kita sebagai makhluk Allah.
Apabila menerima nikmat, segeralah juga kita bandingkan nikmat yang kita perolehi itu dengan nikmat orang lain yang lebih besar dan berharga. Agar kita sedar bahwa nikmat yang kita perolehi itu tidak seberapa dan bila-bila masa sahaja Allah mampu menariknya semula. Dengan itu kita mampu bersyukur.
Apabila ditimpa musibah, segeralah kita membandingkan musibah tersebut dengan musibah orang yang lebih teruk dari kita. Agar nantinya kita akan bersabar dan redha dengan ketentuan Allah atas kita.
Sentiasalah menggauli orang yang kurang bernasib baik seperti fakir miskin dan anak-anak yatim. Kerana ianya menjadikan kita insaf akan kedudukan kita sebagai makhluk Allah yang lemah. Maka tidak hairanlah ulamak-ulamak sufi dalam mendidik murid mereka agar tidak berlaku riyak dan ujub, anak-anak murid mereka dihina oleh mereka di khalayak ramai. Ini jelas diceritakan dalam kisah Sheikh Abu Yazid Al Bustami dan Sheikh Hassan Al Basri, mereka menghina dan mengaibkan orang-orang yang ujub dan riyak yang sedar mereka berbuat kemungkaran tetapi tidak mahu tunduk dan patuh kepada kebenaran. Maka AL Imam Al Ghazali dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub menegaskan, harus mengaibkan orang yang ujub dan riyak di khalayak ramai sebagaimana harus seorang yang zalim diumpat, agar tindak tanduk mazmumahnya tidak diikuti oleh orang lain.
Bermujahadatunnafsi melalui tiga peringkat yang pernah dibincang dalam pertempuran yang lalu iaitu Takhalli, Tahalli dan Tajalli. Bertafakur. Memikir akan kebesaran Allah SWT.Semoga syarahan yang ringkas ini mampu kita jadikan panduan untuk terus menghampirkan diri kepada Allah SWT.
KETUJUH : Aqabatul Hamdi Wa Syukri ( Mengucapkan Puji & Syukur )

Adalah menjadi kewajiban ke atas setiap muslim menyatakan kesyukuran ke atas nikmat yang diperolehi atas dua sebab, iaitu :

a. Agar nikmat yang diperolehi dikekalkan Allah ke atasnya.
b. Agar Allah SWT mengurniakan nikmat-nikmat yang lain yang boleh mendekatkan dirinya dengan Allah SWT lebih mudah.

Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti KAMI akan menambah nikmat ke atasmu. Seandainya kamu syukur, sesungguhnya azab KAMI amat pedih. (Surah Ibrahim : 7)

Nikmat Allah SWT ke atas hamba NYA ada 2 iaitu :

a. Nikmat dunia yang terkandung di dalamnya :

i. Nikmat berbentuk manfaat
1. Perawakan yang sempurna ( sihat tubuh badan, sempurna sifat )
2. Mengecapi pelbagai kesenangan fizikal seperti makan, minum, pakaian.


ii. Nikmat berbentuk perlindungan dari mudarat.
1. Allah memberi perlindungan dari wabak dan bala
2. Allah meindungi dari anasir-anasir yang mengundang kemudaratan

b. Nikmat berbentuk agama

i. Nikmat mendapat taufik dari Allah SWT
ii. Nikmat pemeliharaan dari Allah yang mengancam dari segi dunia dan akhirat.

Inilah antara nikmat-nikmat yang telah Allah anugerahkan kepada kita. Maka sayugialah hendaklah kita mengucapkan puji dan syukur atas nikmat NYA dan jangan sesekali kita mengengkari dan kufur atas nikmat NYA.

Timbul pula persoalan; Bagaimanakah hendak disyukuri nikmat yang telah diperolehi ?

Mudah sahaja, gunakanlah nikmat yang diperolehi untuk mentaati Allah dan menjauhi larangan NYA. Jangan sesekali menggunakan nikmat yang sedikit ini untuk melakukan perkara-perkara yang mengundang dosa.

Semoga panduan ringkas ini dapat menjadi penyuluh buat kita dalam menuju ke arah keredhaan Allah SWT.

Sunday, January 29, 2006

Pertempuran Ke 7 : A'qabatul Hamdi Wa Syukri : Puji & Syukur

Setelah berhadapan dengan 6 pertempuran, akhirnya seseorang muslim haruslah berhadapan dengan pertempuran Menyatakan Kepujian dan Kesyukuran. Syukur atas nikmat dan rahmat yang telah dianugerahkan Allah kepada hamba-hamba Nya. Antara nikmat yang terbesar yang dianugerahkan Allah buat makhluknya ialah nikmat iman dan Islam. Tidak ramai di kalangan makhluk Allah dianugerahkan nikmat iman dan Islam. Hatta ayah saudara Nabi SAW iaitu Abu Talib sendiri yang sanggup berkorban harta, kedudukan dan nyawa tidak direzkikan Allah dengan iman dan Islam.

Adalah menjadi kewajiban ke atas setiap muslim menyatakan kesyukuran ke atas nikmat yang diperolehi atas dua sebab, iaitu :

a. Agar nikmat yang diperolehi dikekalkan Allah ke atasnya.
b. Agar Allah SWT mengurniakan nikmat-nikmat yang lain yang boleh mendekatkan dirinya dengan Allah SWT lebih mudah.

Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti KAMI akan menambah nikmat ke atasmu. Seandainya kamu syukur, sesungguhnya azab KAMI amat pedih. (Surah Ibrahim : 7)

Nikmat Allah SWT ke atas hamba NYA ada 2 iaitu :

a. Nikmat dunia yang terkandung di dalamnya :

i. Nikmat berbentuk manfaat
1. Perawakan yang sempurna ( sihat tubuh badan, sempurna sifat )
2. Mengecapi pelbagai kesenangan fizikal seperti makan, minum, pakaian.


ii. Nikmat berbentuk perlindungan dari mudarat.
1. Allah memberi perlindungan dari wabak dan bala
2. Allah meindungi dari anasir-anasir yang mengundang kemudaratan

b. Nikmat berbentuk agama

i. Nikmat mendapat taufik dari Allah SWT
ii. Nikmat pemeliharaan dari Allah yang mengancam dari segi dunia dan akhirat.

Inilah antara nikmat-nikmat yang telah Allah anugerahkan kepada kita. Maka sayugialah hendaklah kita mengucapkan puji dan syukur atas nikmat NYA dan jangan sesekali kita mengengkari dan kufur atas nikmat NYA.

Timbul pula persoalan; Bagaimanakah hendak disyukuri nikmat yang telah diperolehi ?

Mudah sahaja, gunakanlah nikmat yang diperolehi untuk mentaati Allah dan menjauhi larangan NYA. Jangan sesekali menggunakan nikmat yang sedikit ini untuk melakukan perkara-perkara yang mengundang dosa.

Andai kita beroleh nikmat, maka segeralah kita bandingkan nikmat yang kita perolehi dengan nikmat orang lain yang beroleh nikmat yang lebih besar. Agar nanti kita tidak berasa ujub dan riyak. Gunakanlah nikmat yang diperolehi untuk mentaati Allah dan Rasul NYA. Juga gunakanlah nikmat tersebut untuk mendidik diri, keluarga dan masyarakat. Agar nanti akan lahir sebuah masyarakat yang saling pesan memesan kepada kesabaran dan kebajikan.

Saturday, January 28, 2006

Pertempuran ke 6 : A'qabatul Qawadih : Pencacat Ibadah

1. Muqaddimah Perkara Mencacatkan Ibadah
2. Riyak
3. Ujub
4. Perkara Yang Mendorong Kepada Ujub dan Riyak
5. Kesan Sifat Riyak & Ujub Ke Atas Diri dan Masyarakat
6. Jalan Penyelesaian : Ubat Kepada Penyakit Riyak & Ujub

1. Muqaddimah Perkara Yang Mencacatkan Ibadah

Dalam menyelusuri perjalanan menghampirkan diri kepada Allah SWT, seseorang muslim yang telah berjaya melalui 5 halangan yang menagih pertempuran, terpaksa pula melalui dan menempuh halangan yang ke-6. Halangan yang ke-6 ini juga terpaksa ditempuhi dengan usaha yang gigih bagai seorang tentera bertempur di medan perang. Malah halangan yang ke-6 inilah yang menjadi titik tolak, sama ada, 5 pertempuran yang pernah di menangi sebelum ini, dapat digunakan dalam mentaati Allah SWT serta menjauhi larangan Nya. Kegagalan dan kekalahan dalam pertempuran yang ke-6 ini menyebabkan si pejuang terpaksa berundur semula ke titik permulaan. Dan mendaki semula tangga pertempuran dari awal satu per satu. Inilah kesan kekalahan dalam pertempuran yang ke-6. Halangannya tidak banyak. Hanya dua. Namun impak yang berlaku amat besar, mendalam serta merugikan individu. Maka dengan itu pertempuran yang ke-6 ini dinamakan sebagai pertempuran berhadapan dengan perkara yang mencacatkan ibadah. Ada dua perkara yang menyebabkan ibadah seseorang menjadi cacat. Yang pertama ialah riyak dan yang kedua ialah ujub.

2. RIYAK

Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan dia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir. (Al Baqarah ayat 264)

Apakah makna riyak ? Riyak ialah ungkapan atau pekerjaan yang dilakukan dengan niat selain dari mengharapkan keredaan Allah. Membuat sesuatu kerana ingin dipuji atau takut dikeji. Setiap amal dilakukan demi mengharap penghargaan dari makhluk dan bukan Al Khaliq Yang Maha Agung. Lebih malang, sifat riyak ini sanggup menafikan kebenaran, walaupun dirinya tahu apa yang dilakukan itu suatu kemungkaran. Dan yang paling hina dan malang, bukan setakat sanggup menafikan kebenaran dan mendewakan kemungkaran, Mereka yang mempunyai sifat riyak ini kerana kerakusan sanggup menentang kebenaran walaupun dirinya tahu, kebenaran itu adalah hakiki. Inilah yang berlaku kepada Azazil.

Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam. Lalu mereka sekamunya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; dia enggan dan takbur dan menjadilah dia dari golongan yang kafir. (Al Baqarah 34)

Rasulullah SAW juga telah bersabda: "Sesungguhnya yang paling saya takutkan pada kamu adalah syirik paling kecil" Para sahabat bertanya: "Apa yang dimaksudkan syirik paling kecil itu?" Baginda menjawab: "Riyak." Sesungguhnya Allah SWT berfirman pada hari semua amal hamba dibalas (hari kiamat): "Datangilah orang yang dulu kamu tunjukkan amal kamu padanya di dunia, lihatlah apakah kamu mendapatkan balasan daripada mereka." (Hadis riwayat Ahmad dan Al Baghawi. Syekh al Albani berkata: sanadnya baik (jayyid)," lihat Salasilah Hadis Sahih)

Azazil tahu bahawa Adam AS adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah, dan Azazil juga tahu bahwa hanyasanya Allah Yang Maha Agung Lagi Maha Berkuasa, namun Azazil sanggup menjadikan dirinya Iblis laknatullah. Iblis menentang kebenaran yang sememangnya diketahui olehnya, semata-mata kerana riyak dan merasakan diri sempurna. Apa yang dilakukan oleh Iblis ialah kerana ingin mengharapkan penghargaan makhluk, kerana dulu dia merupakan Tok Guru kepada para malaikat. Mana mungkin Tok Guru kepada para Malaikat mesti tunduk menghormati seorang manusia yang dibuat dari tanah yang hina bernama Adam ? Seandainya penghargaan makhluk yang dicari, nah inilah natijahnya, kemurkaan Allah yang diperolehi. Oleh itu marilah kita berusaha untuk mengikhlaskan hati. Kerana lawan kepada sifat riyak adalah ikhlas.

3. UJUB

Rasulullah SAW bersabda :Sekairanya kamu tidak pernah berdosa, tentulah aku takut kalau kamu ditimpa dosa yang lebih besar iaitu ujub (rasa kagum dengan diri sendiri = syok sendiri) (Riwayat Al Bukhari)

Apakah makna ujub ? Ujub ialah suatu perasaan yang menjadikan seseorang itu rasa hairan dengan dirinya. Rasa dirnya amat istimewa lain dari yang lain. Atau dalam istilah kasar Melayu, syok sendiri atau perasan. Akhirnya sifat ini akan menjadikan yang empunya diri terlalu membesar-besarkan diri hingga melupakan hak Allah SWT. Sifat ujub inilah juga yang menjadi sifat Azazil. Disebabkan diri Azazil yang menjadi Tok Guru kepada para Malaikat, maka Azazil merasakan dirnya sudah hebat. Maka dia engkar kepada kebenaran, walaupun dia tahu kebenaran itu adalah hakiki yang dating dari Allah SWT. Azazil sanggup menjadi Iblis laknatullah semata-mata kerana merasakan dirinya Maha Hebat dan Maha Pandai.

Maka wajib ke atas setiap muslim untuk mengabdikan diri kepada Allah menjauhi sifat ujub kerana :

a. Ujub menghalang taufik dan rahmat Allah. Apabila tiada taufik dan rahmat dari Allah, maka hinalah manusia dan binasalah hidupnya dunia dan akhirat.
b. Ujub merosakkan amal soleh.

Sebab itu, dalam kitab-kitab kuning, ada disebut ; Ketahuilah olehmu, bahawasanya ujub itu ialah menganggap agung atas amal soleh, ilmu yang diperbuat oleh dirinya sendiri. Contohnya dengan mengatakan "Akulah yang paling soleh, tidak ada orang lain yang melebihi kesolehanku". Menurut perkiraan si hamba bahawa yang menjadi sebab berhasilnya kemuliaan amal soleh itu ialah dengan sebab adanya suatu perkara, bukan dengan pengantaraan Allah, atau dengan sebab manusia itu sendiri.

Imam Al Ghazali dalam Minhajul Abidin menyatakan. Walaupun ada factor-faktor lain yang boleh mencacatkan ibadah, tetapi pokok kepada factor-faktor yang lain adalah riyak dan ujub.

4. Perkara-perkara Yang Boleh Mendorong Kepada Sifat Ujub & Riyak

Sifat riyak dan ujub ini ada dalam diri setiap manusia. Dan kedatangannya bagai angin bayu tanpa kesedaran kita. Setiap kelebihan dan nikmat anugerah Allah yang ada dalam diri kita walaupun sedikit, mampu mencetus rasa riyak. Lebih-lebih lagi jika kelebihan dan nikmat yang menjadi milik kita bukan sedikit. Antara nikmat dan kelebihan yang boleh menjadi asbab ke arah sifat riyak ialah :


a. Darah keturunan
b. Jawatan pangkat kebesaran
c. Harta yang menggunung
d. Ilmu yang banyak
e. Wajah dan paras rupa yang indah dan cantik
f. Pengikut yang ramai
g. Kelebihan-kelebihan yang pada kebiasaan yang tidak terdapat pada orang lain

5. Kesan Ujub Dan Riyak Kepada Diri dan Masyarakat

Sabda Rasulullah SAW;Tiga perkara yang membinasakan manusia(Pertama) Kikir yang diikuti(dan Kedua) Hawa nafsu yang diikuti yakni mengikut perbuatan yang disukai oleh nafsunya(dan Ketiga) rasa ujub seorang akan dirinya.

Kesan dua sifat mazmumah ini terhadap diri pemiliknya ada dua jenis kerosakan yang akan menimpa dirinya.Pertama ialah pembuat ujub dan riyak akan menerima 2 keaiban. Kedua ialah pembuat riyak akan menerima 2 musibah.

Dua keaiban itu ialah :Keaiban secara samar iaitu diaibkan Allah di hadapan para malaikat. Amal ibadahnya tidak diterima oleh Allah SWT. Malah Allah memerintahkan para malaikat mencampakkan amal ibadah tersebut ke muka si pembuat ujub dan riyak.Keaiban di hadapan seluruh manusia di Padang Mahsyar, dari manusia pertama yang hidup dimukabumi iaitu Nabi Adam AS, hinggalah manusia yang terakhir hidup di kala Israfil meniup semboyan sangkakala. Maka tidak hairanlah ada juga berlaku manusia yang ujub dab riyak, diaibkan Allah di dunia lagi sebelum diaibkan di akhirat.


Dua musibah ialah :Syurga haram ke atasnya, kerana pembuat ujub dan riyak menanggung akibat buruk dari perlakuannya sehingga terjerumus ke dalam kekafiran sebagaimana yang berlaku kepada Azazil. Lantas tercabutlah iman dan terjerumus ke dalam neraka.Neraka tempat perhentiannya. Inilah tempat perhentian yang sewajarnya buat manusia yang ujub dan riyak.


Seandainya hati tidak dididik dengan iman, maka kelebihan yang dianugerahkan Allah kepada kita akan menjadi asbab untuk seseorang manusia berlaku riyak.


Apabila seseorang berlaku ujub dan riyak, maka wujudlah jurang perbezaan antara orang yang menerima nikmat Allah dan orang yang kurang beroleh nikmat. Yang menerima nikmat akan memandang rendah kepada yang hidup dalam kekurangan. Maka jurang perbezaan dan jurang perpecahan semakin besar. Hancurlah ukhwah, justeru itu memberi ruang kepada musuh Islam untuk menakluki umat Islam.


Hakikatnya, kelebihan dan nikmat yang dianugerahkan Allah buat kita di dunia ini, bukanlah wasilah untuk kita menunjuk-nunjuk dan berlakuujub atau pun riyak, sebaliknya adalah ujian dari Allah sama ada kita mampu mensyukuri nikmat tersebut dan berkongsi kelebihan yang kita miliki bersama-sama dengan orang yang kurang bernasib baik. Agar nantinya, berputik bunga ukhwah dan kasih sayang, serta hubungan sesama manusia saling lengkap-melengkapi.

Ingin ditegaskan, sifat ujub dan riyak ini mampu menyerang sesiapa sahaja. Orang yang tidak mempunyai sebarang kelebihan juga mampu menjadi ujub dan riyak. Tetapi malang dan bodohlah dirinya kerana berlaku ujub dan riyak dalam keadaan serba kekurangan. Bak kata pepatah melayu, menjadi seorang yang bodoh sombong. Dan sifat ujub dan riyak yang paling hina ialah apabila telah nyata akan kebenaran, maka kita memalingkan diri dari kebenaran, malah kita menentang dan memusuhi kebenaran. Di kala ini, martabat kita saling tidak tumpah sifat si iblis yang dilaknati Allah. Maka memang sewajarnyalah, manusia yang bersifat ujub dan riyak ini, dijerumuskan ke lembah penghinaan di dunia dan dibakar di neraka.

Seandainya seseorang Muslim benar-benar yakin dengan akhirat dan rukun iman yang lain, pastinya mereka tidak akan celupar untuk berlaku riyak. Kerana mereka sedar hakikat kejadian manusia adalah dari setitis air mani yang hina lalu dijadikan batang tubuh jasad manusia. Dan kejadian manusia itu sendiri adalah sebagai seorang HAMBA. Tidak lebih dari itu. Maka sewajarnyalah setiap perlakuan si Hamba, adalah untuk mendapat keredhaan dari Tuhannya dan bukan untuk hidangan hamba-hamba yang lain. Maka dengan sebab itulah, untuk mengatasi sifat riyak, hendaklah seseorang itu berlaku ikhlas.

6. Ubat Riyak dan Ujub serta Cara Membersihkan Hati Daripada Riyak dan ujub

Kita telah mengetahui bahawa riyak dan ujub menghapuskan amal, mendatangkan kemurkaan Allah SWT dan merupakan pembinasa yang paling besar. Kalau memang begitu keadaannya, maka sudah sepatutnya kita sungguh-sungguh mengatasinya. Untuk mencabut akar umbi riyak dan ujub, maka hendaklah seseorang muslim mempunyai sifat ikhlas. Ikhlas adalah lawan kepada sifat riyak sementara tawadduk adalah lawan kepada sifat ujub. Ada beberapa peringkat untuk memperolehi sifat ikhlas dan tawadduk.

Pertama: Memotong akar atau asal-usul datangnya penyakit ini iaitu suka dipuji, terasa amat pahit sekiranya dicela dan sangat tamak untuk dimiliki apa yang dimiliki orang lain. Tiga perkara inilah yang menggerakkan seseorang bersifat riyak dan ujub. Cara mengatasinya: Kita perlu sedar bahaya riyak dan ujub dan akibat yang ditimbulkannya seperti menghalang seseorang memperoleh hati yang baik (bersih), mendapatkan taufik di dunia, tidak mendapatkan kedudukan di sisi Allah SWT di akhirat nanti, balasan yang akan diterima berupa seksaan kemurkaan yang dahsyat dan kehinaan yang nampak. Bagaimanapun, jika seorang hamba memikirkan kehinaan tersebut, kemudian membandingkan apa yang didapatkannya berbanding akibat yang diperoleh, ia dengan mudah akan menghilangkan keinginan tersebut. Seperti seseorang yang mengetahui bahawa madu itu lazat, tetapi sekiranya di dalamnya terdapat racun yang boleh mendatangkan keburukan, ia akan meninggalkan madu tersebut.

Kedua: Menghilangkan pelbagai (bisikan) yang datang mengganggunya ketika melakukan ibadah. Orang yang inginkan kebaikan akan memerangi penyakit di dalarn jiwanya dengan memotong punca-punca riyak dan ujub, menghilangkan rasa tamak dan menganggap hina pujian dan celaan orang. Jika terbetik dalam benaknya bahawa orang-orang sedang melihatnya, ia akan melawannya dengan mengatakan pada dirinya: Apa keperluan mu dengan orang-orang itu, sama ada mereka tahu. atau tidak keadaan dirimu, yang pasti Allah SWT mengetahui keadaan dirimu. Apa faedahnya orang mengetahui amal kita? Jika keinginan untuk mendapatkan pujian sedang bergejolak, ingatlah akan penyakit riyak dan ujub yang ada dalam hati yang akan menyebabkan seseorang mendapatkan murka Allah SWT dan kerugian yang besar di akhirat nanti.

Oleh itu, untuk memotong akar asal usul ujub dan riyak, serta untuk menghilangkan bisikan yang datang, seseorang muslim hendaklah :


1. Memperkemaskan ilmu Fadhu Ain dan beramal dengannya. Dengan itu seseorang muslim akan sedar bahwa dirinya adalah hamba Allah yang hina. Hanya Allah tempat dipersembahkan segala amalan, bukan kepada makhluk. Hanya kepada Allah seseorang mengharapkan balasan dan bukannya mengharap anugerah pemberian makhluk.
2. Apabila menerima nikmat, segeralah mengingati Allah dan ucapkan kesyukuran atas nikmat yang diperolehi. Lantas segeralah beristighfar kepada Allah kerana takut nikmat yang bakal diperolehi menjadikan kita lupa bahawa nikmat itu merupakan ujian bujat diri kita. 3. Bersegeralah mengucapkan la haula wala quwata illa billah sebagai tanda kelemahan kita sebagai makhluk Allah.
4. Apabila menerima nikmat, segeralah juga kita bandingkan nikmat yang kita perolehi itu dengan nikmat orang lain yang lebih besar dan berharga. Agar kita sedar bahwa nikmat yang kita perolehi itu tidak seberapa dan bila-bila masa sahaja Allah mampu menariknya semula. Dengan itu kita mampu bersyukur.
5. Apabila ditimpa musibah, segeralah kita membandingkan musibah tersebut dengan musibah orang yang lebih teruk dari kita. Agar nantinya kita akan bersabar dan redha dengan ketentuan Allah atas kita.
6. Sentiasalah menggauli orang yang kurang bernasib baik seperti fakir miskin dan anak-anak yatim. Kerana ianya menjadikan kita insaf akan kedudukan kita sebagai makhluk Allah yang lemah. Maka tidak hairanlah ulamak-ulamak sufi dalam mendidik murid mereka agar tidak berlaku riyak dan ujub, anak-anak murid mereka dihina oleh mereka di khalayak ramai. Ini jelas diceritakan dalam kisah Sheikh Abu Yazid Al Bustami dan Sheikh Hassan Al Basri, mereka menghina dan mengaibkan orang-orang yang ujub dan riyak yang sedar mereka berbuat kemungkaran tetapi tidak mahu tunduk dan patuh kepada kebenaran. Maka AL Imam Al Ghazali dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub menegaskan, harus mengaibkan orang yang ujub dan riyak di khalayak ramai sebagaimana harus seorang yang zalim diumpat, agar tindak tanduk mazmumahnya tidak diikuti oleh orang lain.
7. Bermujahadatunnafsi melalui tiga peringkat yang pernah dibincang dalam pertempuran yang lalu iaitu Takhalli, Tahalli dan Tajalli. Bertafakur. Memikir akan kebesaran Allah SWT.Semoga syarahan yang ringkas ini mampu kita jadikan panduan untuk terus menghampirkan diri kepada Allah SWT.


Salah Meninggalkan Ketaatan kerana Takut Riyak dan ujub

Ada orang yang meninggalkan amal kebajikan kerana takut riyak dan ujub. Ini satu sikap yang salah, sesuai dengan keinginan syaitan untuk mengajak manusia malas (beramal) dan meninggalkan kebaikan. Jika dorongan hati untuk beramalnya adalah benar dan sesuai dengan tuntunan syariat, maka jangan meninggalkan amal kerana ada bisikan yang takutkan jika beramal kerana riyak dan ujub. Yang baiknya, seseorang itu berusaha mengatasi bisikan tersebut dan menanamkan dalam dirinya malu terhadap Allah SWT dan mengganti harapan mendapat pujian manusia dengan harapan kerana Allah SWT, Fudhail bin Iyadl berkata: "Beramal kerana manusia adalah syirik, meninggalkan amal kerana manusia adalah riyak dan ujub dan ikhlas adalah ubat yang akan menyelamatkan manusia daripada kedua penyakit tersebut. "Hukamak juga ada berkata: "Barang siapa yang meninggalkan amal kerana takut tidak ikhlas maka ia telah meninggalkan ikhlas dan amal."

Pertempuran Ke 5 - A'qabatul Bawa'ith Pendorong Ibadah

Dalam usaha mendidik diri dan berhadapan dengan pelbagai rintangan dan mendekatkan diri kepada Allah, terdapat dua sifat yang sering menjadi pendorong dalam beribadah. Dengan adanya dua sifat ini, seseorang muslim mampu menyingkirkan rasa bosan dan rasa malas untuk beribadah. Namun kewujudan kedua-dua sifat ini belum tentu menjamin kejayaan jika seseorang muslim tidak tahu menggunakan sifat-sifat tersebut. Sifat-sifat tersebut ialah :

a)Khauf
b)Raja’

A. KHAUF
Khauf membawa erti takut kepada Allah SWT. Ianya merupakan suatu perasaan yang datang dalam diri seseorang.

Firman Allah, Surah Al Mukminun : 57 - 61Sesungguhnya orang yang berhati-hati karena takut (terhadap siksa) Rabb mereka. Dan orang-orang yang beriman terhadap ayat-ayat Rabb mereka. Dan orang-orang yang tidak mempersekutukan (sesuatupun) dengan Rabb mereka,Dan orang-orang yang memberikan apa yang telah mereka berikan, dengan hati yang takut(karena mereka tahu bahwa)sesungguhnya mereka akan kembali kepada Rabb mereka. Mereka itu bersegera untuk mendapat kebaikan-kebaikan, dan merekalah orang-orang yang segera memperolehnya.

Di dalam kitab Musnad Imam Ahmad dan Sunan at-Tirmidzi dari Aisyah rha yang berkata:Aku bertanya kepada Rasulullah tentang ayat ini. (Dan orang-orang yang memberikan apa yang telah mereka berikan, dengan hati yang takut)(Al-Mukminun: 60), apakah mereka adalah orang-orang yang berzina, minum khamr dan mencuri?". Beliau menjawab: "Tidak wahai (Aisyah) anak Abu Bakar As Siddiq, akan tetapi mereka adalah orang-orang yang berpuasa, melaksanakan shalat, bersedekah dan mereka khawatir (amalan mereka)tidak diterima."

Al-Hasan berkata:"Mereka telah beramal demi Allah dengan semua ketaatan-ketaatan dan mereka telah bersunggah-sungguh padanya, serta mereka takut (seandainya amalan-amalan mereka) ditolak. Sesungguhnya seorang mukmin itu menggabungkan antara berbuat baik dengan takut (tidak diterima amalannya), sedangkan orang munafik menggabungkan antara berbuat buruk dengan (merasa) aman (dari siksa Allah)."

Rasa khauf atau takut kepada Allah ini wajib ditanam di dalam diri sebab Allah Maha Hebat seksaan Nya kepada orang-orang yang menderhakai Nya. Orang yang derhaka ialah orang yang melanggar larangan Allah dan meninggalkan suruhan Allah.Dengan adanya rasa takut kepada Allah, seorang muslim akan berusaha untuk mentaati perintah Allah dan meninggalkan larangan Allah. Lantas, perbuatan amal kebajikan yang dilakukan atas dasar kahuf, bukanlah sebenarnya mengharapkan pahala dari Allh SWT, sebaliknya adalah untuk mengharapkan keampunan Allah atas dosa-dosa yang telah dilaukan.

Rasa khauf atau takut yang dituntut ialah yang menghalang seseorang dari melakukan dosa. Imam Ibnu Abil `Izzi al Hana berkata:"Seorang hamba wajib untuk takut dan berharap (kepada Allah), dan sesungguhnya takut yang terpuji dan yang sebenarnya adalah yang menghalangi pemiliknya dari apa-apa yang diharamkan oleh Allah. Apabila(takut) itu melewati batas, dikhawatirkan dia terjatuh pada sikap putus asa."Sikap takut yang tidak diimbangi dengan rasa harap, akan menyebabkan seseorang berputus asa dari rahmat Allah.

B. RAJA’

Firman Allah, Surah Yusuf : 87“…Janganlah kamu berputus asa dari mengharap Rahmat Allah. Sesungguhnya tiada yang berputus asa dari mengharap Rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” .

Raja’ ialah rasa pengharapan. Mengharapkan kepada Allah. Harapan seorang makhluk kepada Allah sebagai Pencipta. Mengharapkan kurniaan Allah di dunia mahu pun di akhirat. Rasa raja’ mesti mengiringi rasa khauf. Rasa pengharapan mesti mengiringi rasa takut. Agar Perasaan takut tidak menjerumuskan seseorang ke lembah putus asa. Begitu juga rasa harap mesti diringi dengan rasa khauf, agar seseorang muslim tidak terlalu yakin dengan amal perbuatan. Over confident. Akhirnya menjerumuskan diri ke arah bongkak, ujub, takbur dan riyak.Demikianlah bahwa khauf (takut) terhadap siksa Allah di akhirat, di saat berdiri di hadapan mahkamah Rabbul `Alamin dan takut apabila amalan-amalan kebaikannya tidak diterima oleh Allah itu juga harus diiringi dengan raja'(berharap) terhadap rahmat dan ampunan-Nya serta diterimanya amalan-amalannya di sisi Allah. Sebagaimana banyak sekali nash-nash yang menggabungkan antara khauf dan raja' di dalam kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya.

Tujuan didalami bab ini adalah wajib atas seorang hamba untuk takut terhadap Allah dan berharap kepada-Nya. Jika hamba tersebut melihat kepada dosa-dosanya, dan. kepada keadilan Allah serta kerasnya siksaan Allah, dia takut terhadap Rabbnya. Jika dia melihat kepada karunia-Nya yang umum dan yang khusus dan kepada ampunan-Nya yang luas, dia akan berharap. Jika dia dibimbing untuk menjalankan ketaatan, dia berharap kepada Rabbnya mendapatkan kesempurnaan nikmat tersebut, yaitu diterimanya (amalan) ketaatannya, dan takut(amalan ketaatannya) ditolak disebabkan adanya kekurangan.Jika dia mendapatkan ujian (yaitu) dengan berbuat maksiat, dia berharap kepada Rabbnya supaya taubatnya diterima dan kemaksiatannya dihapuskan. Dia juga takut mendapatkan hukuman/siksa atas kemaksiatan itu dikarenakan lemahnya taubat dan kecenderungan kepada dosa.

Di saat mendapatkan kenikmatan dan kesenangan, dia berharap kepada Allah supaya hal itu tetap dan bertambah serta mendapatkan bimbingan/taufiq untuk mensyukurinya. Dan dia takut hilangnya hal tersebut disebabkan kurangnya syukur.Di saat tertimpa perkara-perkara yang tidak dia sukai dan musibah-musibah, dia berharap kepada Allah supaya menghilangkannya dan dia menanti kelonggaran dengan hilangnya perkara-perkara itu. Dan dia juga berharap supaya Allah memberikan pahala kepadanya atas perkara-perkara itu di saat dia menjalankan kewajiban sabar. Dia takut terkumpulnya dua musibah, yaitu kehilangan pahala yang (pahala itu) disukai dan terjadinga perkara yang tidak dia ingini, apabila dia tidak mendapatkan bimbing untuk melaksanakan kesabaran yang (kesabaran itu) wajib.

Maka seorang mukmin muwahhid (yang beriman lagi bertauhid) di dalam seluruh keadaannya selalu bersifat takut dan berharap. Inilah yang wajib dan inilah yang akan bermanfaat, dan dengannyalah kebahagiaan akan terjadi.

Yang ditakutkan atas seorang hamba adalah dua akhlaq yang buruk, yaitu.
1. Rasa takut menguasai dirinya sehingga dia putus asa dari rahmat Allah.
2. Sikap berharap yang membawanya sampai (tingkat) merasa aman dari azab neraka Allah dan siksa-Nya.

Abu Ali ar-Rudzabari berkata:Khauf (takut) dan raja' (berharap) seumpama dua sayap burung, apabila keduanya sempurna, maka sempurnalah burung itu dan sempurnalah terbangnya. Dan apabila satu dari kedua (sayap) nya kurang, maka terjadilah kekurangan padanya (burung itu). Dan apabila kedua (sayap)nya tiada. jadilah burung itu di ambang kematian

Bagaimana ingin mendapatkan rasa khauf dan raja’ ?

1. Sentiasa mengingatkan diri dengan Akhirat. Ingatkan diri tentang azab siksaan Allah. Ingatkan kenikmatan syurga Allah.
2. Sentiasa ingatkan diri bahawa Allah Maha Hebat dan Allah Maha Pengampun.
3. Sentiasa berzikir
4. Membaca kisah para Nabi, Rasul, Para Sahabat dan orang di zaman salafussoleh.

Kisah-Kisah Kisah mempunyai pengaruh yang kuat terhadap jiwa, maka seorang pendidik selayaknya memperbanyak kisah-kisah yang bermanfaat. Dan itu banyak sekali terdapat dalam Al Qur'an dan Sunnah yang suci. Diantaranya:
1. Kisah Ashabul Kahfi (penghuni surga), bertujuan untuk membentuk generasi yang beriman kepada Allah, cinta kepada tauhid dan benci kepada kemusyrikan
2. Kisah Nabi Isa AS, bertujuan unutk menjelaskan bahwa ia adalah hamba Allah dan bukan Anak Allah sebagaiman anggapan kaum nasrani.
3. Kisah Yusuf, diantara tujuannya adalah untuk mengingatkan agar jangan sampai terjadi pergaulan campur aduk antara laki-laki dan perempuan sebab akan memberi akibat yang sangat hina
4. Kisah Yunus, bertujuan agar kita selalu beristianah (meminta pertolongan) hanya kepada Allah saja, lebih-lebih ketika di timpa musibah.
5. Kisah orang-orang yang treperangkap dalam gua . Diambil hikmahnya yaitu agar kita hanya bertawasul kepada Allah dengan amal-amal shalehnya. Seperti membantu orang tua, menjauhi zina karena Allah.
6. Dan lain-lain lagi

Walaubagaimanapun, ketika di saat ambang kematian, hendaklah seseorang tersebut meletakkan rasa raja' 100% akan keampunan Allah. Berbaik sangka dengan Allah, agar dihujung kalimah kita nanti, Allah mengampuni diri kita dan memasukkan kita di dalam golongan kekasih Allah SWT. Insya Allah.

Pertempuran Ke 4 :A'qabatul A'warid : PEMESONG IBADAH

Dalam seseorang berusaha untuk beribadah kepada Allah, bukan setakat perkara yang menghalang dari beribadah perlu dihadapi. Perkara-perkara yang melalaikan dia dari beribadah juga perlu dihadapi dalam waktu yang sama. Walaupun berhadapan dengan perkara yang melalaikan tidaklah sesukar berhadapan dengan perkara yang menghalang, namun mutu ibadah boleh cacat disebabkan tipu daya kerna hilang tumpuan ketika beribadah.

Dalam pertempuran yang lalu, kita berhadapan perkara yang menghalang seseorang secara total untuk beribadah. Kalau boleh perkara-perkara tersebut iaitu manusia(fasiq, kafir harbi dan munafik), dunia, syaitan dan nafsu ; seboleh-bolehnya tidak mahu seseorang muslim itu untuk beribadah. Namun, jika seseorang mampu menewaskan keempat-empat tentera musuh ini, seorang muslim masih belum lepas dari perkara-perkara yang melalaikan dia dari beribadah. Perkara yang melalaikan ini menyebabkan seseorang muslim, walaupun beribadah, namun ibadahnya tidak sempurna. Kalau bersembahyang, sembahyangnya tidak khusyuk atau di akhir waktu. Kalau berpuasa, puasanya hanyalah menahan lapar dan dahaga, tidak berpuasa hati dan anggota tubuh badan.

Ada empat tentera musuh yang melalaikan seseorang dari beribadah. Keempat-empat perkara yang sering melalaikan ialah :
1. Rezeki
2. Khuatir
3. Musibah
4. Qadha & Qadar

A. REZEKI

Firman Allah Al An’am : 140 Sesungguhnya rugilah orang-orang yang membunuh anak-anak mereka kerana kebodohan, lagi tidak berpengetahuan (sedang Allah yang memberi rezeki kepada sekalian makhluknya) dan juga (rugilah orang-orang yang) mengharamkan apa yang telah dikurniakan oleh Allah kepada mereka, dengan berdusta terhadap Allah. Sesungguhnya sesatlah mereka dan tiadalah mereka mendapat petunjuk.

Dalam ayat diatas jelas membuktikan, kedapatan orang-orang yang mencari rezeki melakukan perkara terlarang. Rezeki menjadi factor yang melalaikan. Kita akan sibuk memikirkan dan membanting tulang empat kerat untuk mencari rezeki. Kerana sibuk mencari rezeki, seseorang muslim sering mentakkhirkan(melewatkan) solat dan ibadah yang lain. Malah dalam mencari rezeki juga, sering seseorang terjerumus ke kancah rasuah yang haram demi mencapai cita-cita menjadi kaya dengan jalan singkat. Dalam usaha mencari rezeki, jangan sampai kita menafikan bahawa Allah yang memberi bekas atas hasil usaha yang kita lakukan. Tulang empat kerat yang dikerah dan keringat yang tumpah, belum tentu menjamin kejayaan jika tanpa izin Allah. Namun usaha dan ikhtiar adalah wajib, dan mesti selari dengan sunnatullah. Jika inginkan rezeki yang banyak maka perlulah bekerja keras dan bijak. Hasil dan natijahnya, kita serahkan kepada Allah. Barulah nanti rezeki yang diperolehi diberkati Allah walaupun sedikit. Rezeki yang diberkati Allah, walaupun sedikit tetapi mencukupi. Rezeki yang tidak mendapat keberkatan, walaupun banyak masih tidak mampu memuaskan hati seseorang.

B. KHUATIR

Firman Allah, Al Baqarah : 137Maka kalau mereka beriman sebagaimana kamu beriman (dengan Kitab-kitab Allah dan Rasul-rasulNya), maka sesungguhnya mereka telah beroleh petunjuk dan jika mereka berpaling (serta tidak mahu beriman dengan sebenar-benar iman) maka sesungguhnya mereka akan tinggal berkekalan dalam perbalahan dan permusuhan (dengan kamu). Oleh itu (janganlah engkau khuatir wahai Muhammad) kerana Allah akan memeliharamu (dan umatmu) dari kejahatan mereka dan Dialah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Khuatir merupakan salah satu sifat yang lahir dalam diri seseorang manusia. Ianya akan menimbulkan kebimbangan dan was-was kepada seseorang. Sifat ini melahirkan perasaan kebimbangan yang bukan-bukan seperti takut datangnya sakit. Takut kepada kepapaan. Takut kepada kesusahan. Bimbang kepada masa depan dan sebagainya. Sedangkan perkara atau amal ibadah belum lagi dilaksanakan. Antara perkara kebimbangan yang sering ditimbulkan oleh sifat khuatir contohnya ialah :“Kalau aku ada anak yang ramai, nanti aku susah nak cari rezeki”“Kalau aku bersedekah, nanti aku tak ada duit”“Kalau aku berjuang dan berjihad, nanti aku akan rasa susah”“Kalau aku asyik berpuasa, nanti badan aku lemah”“Kalau aku tak turut serta pesta maksiat, nanti aku tak ada jodoh”“Kalau aku menutup aurat, nanti kena label pengganas Islam”Dan sebagainya

C. MUSIBAH

Rasulullah SAW bersabda :
Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a katanya: Aku menemui Rasulullah s.a.w ketika baginda dalam keadaan tidak sihat. Aku menggosok baginda dengan tanganku. Aku katakan kepada baginda: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya engkau benar-benar tidak sihat. Rasulullah s.a.w bersabda: Memanglah, apa yang aku alami sekarang ini adalah sama seperti yang di alami oleh dua orang di antara kamu. Aku berkata: Kalau begitu engkau beroleh dua pahala sekaligus. Rasulullah s.a.w bersabda: Benar. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda lagi: Setiap orang muslim yang ditimpa musibah atau sakit dan sebagainya, maka Allah akan mengampunkan kesalahan-kesalahan dari sakitnya, sebagaimana daun yang gugur dari pokoknya. (Muslim)

Apabila musibah atau bala bencana menimpa kita, sering kita akan mengalami rasa kemurungan. Fikiran bercelaru. Hati tidak tenang. Mudah rasa marah. Hilang rasa sabar. Hilang rasional, lahirlah emosional. Inilah antara situasi yang sering timbul disebabkan kelemahan iman kita. Musibah yang melanda, menyebabkan kita hilang pertimbangan akal. Tidak mustahil, kita menyalahkan takdir. Justeru itu, kita lalai untuk beribadah kepada Alllah.

D. QADHA ALLAH

Qadha dan Qadar adalah salah satu rukun iman yang wajib dipercayai dan diyakini oleh setiap muslim. Apa makna Qadha ? Qadha ialah penentuan atau keputusan yang telah sedia dibuat oleh Allah sejak azali bagi segala yang akan ada atau yang akan berlaku. Apa dimaksudkan dengan azali ? Azali ialah masa silam yang tidak ada permulaannya. Masa sebelum terciptanya makhluk. Itulah azali.

Pendekata, sebelum Allah mencipta makhluk, Allah telahpun menetapkan Qadha Nya, atas apa yang akan berlaku.Qadar pula bermakna perlaksanaan Qadha. Iaitu segala yang telah ditentukan oleh Allah Taala sejak azali pasti akan ada atau akan berlaku dengan tepat.Qadha & Qadar Allah membabitkan ketentuan Allah terhadap seseorang manusia sama ada baik atau pun buruk. Apabila terjadinya ketentuan Allah, maka seorang muslim yang rapuh imannya akan sering lalai untuk meletakkan diri sebagai hamba Allah. Seandainya Qadha dan Qadar Allah berupa ketentuan yang baik buat dirinya, sering kita lihat mereka yang beroleh nikmat ini lupa mensyukurinya dan terus kufur dalam kenikmatan anugerah Allah. Jika ketentuan yang menimpa dalam bentuk kesukaran dan kepayahan, sering kita temui manusia akan keluh kesah, jadi pemarah hingga mengabaikan tuntutan beribadah.

Jalan penyelesaian kepada keempat-empat masalah di atas :

1. Hendaklah kita bertawakal kepada Allah SWT setelah kita berusaha dan berikhtiar.
2. Berserah diri kepada Allah SWT kerana sebagai Yang Maha Pencipta, Allah lebih tahu akan masa depan kita. Allah yang Maha Mengathui masa depan kita dan Allah yang mentadbir kehidupan kita.
3. Hendaklah bersabar dengan musibah yang melanda. Kuatkan pautan hati dengan Allah, dan ingatkan diri bahwa sebagai makhluk yang lemah tidak ada daya upaya kita untuk mengelakkannya melainkan dengan kudrah dan iradah Allah SWT.
4. Sentiasalah mengucapkan Innalillahi wainna ilai hirajiun (Dari Allah aku datang dan kepada Allah aku kembali”
5. Sentiasa mengucapkan La haula wala quwwata illah billah sebagai tanda kelemahan kita sebagai makhluk.
6. Anggaplah musibah yang melanda sebagai kifarah dosa kita didunia dan sebagai ujian dari Allah untuk meningkatkan darjat kita disisi Allah SWT.
7. Apabila ketentuan Allah datang berbentuk nikmat, ucapkanlah istighfar dan alhamdulillah. Syukurilah nikmat Allah dan ingatkan diri sendiri, seandainya nikmat yang hadir gagal ditadbir dengan hukum Allah, hakikatnya kita telah kufur nikmat.
8. Bersabar dan redha dengan ketentuan Allah yang tidak kita ingini. Ingatkan diri bahwa kita adalah makhluk yang lemah dan Allah saja yang menjamin keselamatan di dunia dan di akhirat.

Semoga kita beroleh iktibar dari tazkirah ini. Lantas kita berusaha menjadikan diri kita lebih baik berbanding hari-hari yang telah berlalu.

Pertempuran Ke 3 : A'qabatul Awa'iq : Perkara Yang Menghalang Ibadah

1. Muqaddimah

2. Penghalang Ibadah
a. Dunia
b. Manusia
c. Syaitan
d. Nafsu

3. Dunia
a. Takrifan
b. Bagaimana dunia menghalang
c. Cara berhadapan dengan halangan dunia

4. Manusia
4.1 Kategori manusia yang menghalang
a. Manusia Fasik dan takrifannya
b. Munafik dan takrifannya
c. Kafir dan takrifannya

4.2 Cara manusia menjadi penghalang
4.3 Bagaimana menghjadapi halangan

5. Syaitan
5.1 Sifat Syaitan

5.2 Cara Syaitan menggoda
a. Menghiasi kebatilan
b. Menamakan maksiat dengan istilah yang menarik
c. Menamakan ketaatan dengan istilah yang menakutkan
d. Menggoda melalui kegemaran seseorang
e. Menggoda secara beransur-ansur
f. Menghalang manusia mengikut jalan kebenaran
g. Menyamar seperti penasihat

5.3 Cara berhadapan dengan syaitan
6. Nafsu
5.1 Tingkatan nafsu
a. Ammarah
b. Lawwamah
c. Mulhamah
d. Mutmainnah
e. Radiah
f. Mardhiah
g. Kamilah

5.2 Cara mendidik nafsu
a. Takhalli
b. Tahalli
c. Tajalli

5.3 Proses dalam ketiga-tiga mujahadatunnafsi

Firman Allah Taala Surah Al Hadid, Ayat 20 :" Dan tidak ada kehidupan di dunia ini melainkan mata benda yang menipu daya semata-mata "

Pertempuran ketiga merupakan pertempuran berhadapan dengan perkara-perkara yang menghalang seseorang muslim dari beribadah kepada Allah SWT. Seperti yang difirmankan Allah SWT, jelas kepada kita terdapat 4 penghalang kepada seseorang Muslim untuk bertaqarub dan beribadah kepada Allah SWT. Keempat-empat penghalang tersebut ialah :

1. Dunia
2. Manusia
3. Syaitan
4. Nafsu

1. Dunia:

Dari Abdullah bin Syukhair, sabda Nabi saw suatu kali, "Anak Adam gemar berkata, 'Hartaku, hartaku.' Padahal, wahai anak Adam, tidak ada yang kamu miliki kecuali apa yang telah kamu makan lalu kamu buang (lewat berak), tidak ada yang kamu miliki kecuali apa yang telah kamu pakai lalu kamu mencampakkannya, dan tidak ada yang kamu miliki kecuali apa yang telah kamu sedekahkan lalu kamu melupakannya (Shahih Muslim, Jilid 4, Hadis no. 2273)

Begitulah dunia yang sering menipu daya manusia sehingga menghalang seseorang manusia untuk beribadah kepada Allah SWT. Apabila terpaut dengan dunia maka lalailah hati dan jiwa untuk beribadah kepada Allah. Kerana yang dicintai bukanlah Allah SWT, tetapi dunia yang sering menjadikan manusia seorang yang rakus. Dunia adalah apa saja yang dilihat cantik mempersona, indah dan ghairah sehingga menafikan akhirat. Kerana kecantikan dan keindahan yang mempesona inilah manusia sering berebut untuk memilikinya sehingga mengenepikan hukum syariat. Tidak hairan kini, berlaku banyak rasuah, perlakuan maksiat dan hiburan tanpa batasan. Kerana tipu daya dunia yang menjanjikan keseronokan yang sementara.

Rasulullah SAW pula bersabda: Dunia ini ialah sebagai ladang untuk bercucuk tanam (tempat melakukan amal ibadat dan amal kebajikan), sedangkan hasilnya bakal dipetik di negeri akhirat nanti.

Seorang Muslim yang sejati, sepatutnya bertindak selaku khalifah Allah. Sebagai khalifah , dunia ini ditadbir dan diuruskan untuk mentaati hukum syariat Allah SWT. Secara tidak langsung dunia ini menjadi wasilah dan alat untuk mencapai kebahagiaan di akhirat.Bagi berhadapan dengan tipu daya dunia ini, maka seseorang tersebut mestilah bersifat zuhud. "zuhud' adalah dari perkataan Arab. Ia berasal dari kata dasar "zahida" yang bermaksud mengelak dan meninggalkan sesuatu kerana kehinaannya atau kerana kekurangannya. Rasululah SAW juga pernah bersabda tentang zuhud antaranya ialah;Zahidlah kamu di dunia nescaya ALlah mencintai kamu, dan zahidlah kamu akan apa yang ada pada tangan manusia, nescaya kamu dicintai oleh manusia.

2. Manusia
Manusia yang menjadi penghalang kepada ibadah ialah manusia yang sering mengajak seseorang muslim untuk melakukan dosa dan mungkar. Bagi mereka semakin banyak maksiat dan dosa yang mereka lakukan, semakin mereka merasa kepuasan dalam hidup di dunia. Lebih-lebih lagi jika mereka mampu mengajak manusia lain untuk melakukan kemungkaran bersama-sama dengan dirinya. Bagi mereka, inilah kejayaan yang hakiki dan sejati. Manusia menjadi penghalang kepada seseorang Msulim untuk beribadah ada 3 jenis :

1. Islam yang Fasik
2. Munafik
3. Kafir harbi


Surah Al Hasyr : 19 ”Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik

“Dalam kitab "al-Mathla' 'ala abwabil muqni", karangan Syamsuddin Ba'ly, "fasik" diertikan sebagai orang yang banyak berbuat maksiat, meninggalkan perintah Allah, keluar dari jalan benar dan agama. Fasik juga diertikan orang yang melakukan dosa besar atau sering melakukan dosa kecil. Mereka ini melakukan dosa tanpa segan-silu dan rasa bangga. Mereka akan berusaha untuk mencari jalan untuk menghalalkan perbuatan mungkar yang telah menjadi darah daging dalam dirinya.

Surah An Nisaa : 4 “Apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah kamu (tunduk) kepada hukum yang Allah telah turunkan dan kepada hukum Rasul", niscaya kamu lihat orang-orang munafik menghalangi (manusia) dengan sekuat-kuatnya dari (mendekati) kamu.”

Munafik ialah manusia yang menzahirkan Islam tetapi menyembunyikan kekufuran. Sifat mereka menzahirkan Islam agar orang akan mengatakan mereka adalah seorang penganut Islam yang jujur dan ikhlas. Tetapi dalam diam, mereka menghancurkan Islam dengan hati, idea dan tindakan mererka. Mereka menzahirkan Islam, agar orang tertarik kepadanya. Kemudian orang yang tertarik kepadanya disesatkan dan diajak untuk membuat mungkar dan maksiat.

Surah al-Baqarah: 126 “Allah menegaskan dalam firman-Nya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang dengan kamu sehingga kamu mengikuti millah mereka.”Kafir harbi terutamanya dari kalangan Yahudi dan Nasrani tidak akan senang ke atas umat Islam, selama mana umat Islam tidak menurut cara-hidup mereka.

Dalam menghadapi mereka, maka hendaklah seseorang Muslim :

1. Bersabar dengan kesusahan dan kesukaran yang ditimbulkan oleh mereka.
2. Melengkapkan diri dengan ilmu Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah
3.Beramala dengan ilmu Fardhu AIn dan Fardhu Kifayah
4. Berdakwah kepada mereka
5. Berhadapan dengan mereka sebagaimana mereka menyerang kita. Jika diserang dengan ekonomi kuffar, kita perangi dengan ekonomi Islam berlandaskan syariat.etc
6. Berdoa kepada Allah

3. Syaitan

Al A’raf : 22 , “Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang amat nyata”

Syaitan akan membisikkan keraguan dalam hati kita dan menghasut hati kita untuk engkar kepada titah perintah Allah SWT. Syaitan akan terus berusaha untuk menyesatkan manusia dari mentaati Allah SWT. Syaitan akan meniti di atas sifat mazmumah yang bersarang di dalam diri manusia untuk menyesatkan manusia.

Sabda Nabi SAW.: Sesungguhnya syaitan berjalan dalam tubuh manusia sebagaimana perjalanan darah. (HR. Bukhari dan Muslim)

Sabda Nabi SAW.: Sesungguhnya di dalam tubuh (manusia) ada seketul daging, jika dia baik maka baiklah seluruh tubuhnya, dan jika dia rosak maka akan rosaklah seluruh tubuhnya, ketahuilah bahawa dialah HATI.(HR. Bukhari dan Muslim)

SYARAH AL HADIS:

Al Hafisz Ibnu Hajar Al 'Asqalaany berkata: Hadis diatas (no.1) boleh diertikan bahawa syaitan berjalan di dalam tubuh manusia secara zahir kerana Allah mampu berbuat demikian. Dan boleh juga jika diertikan secara kiasan kerana syaitan senantiasa ingin berdampingan dengan manusia. Mereka tidak mahu berpisah dari manusia sebagaimana kedudukan dan peranan darah. Jadi syaitan disamakan dengan darah kerana hubungan kedua-duanya yang sangat rapat dengan manusia.Ibnu Abbas berkata: Syaitan akan menyelinap ke dalam hati manusia jika dia sedang lupa, lalai dan was-was. Tetapi jika ia ingat kepada Allah maka syaitan pun akan pergi.

Dari keterangan diatas jelaslah bahawa syaitan dapat menyelinap kedalam tubuh manusia. Oleh itu, dia pilih "hati" sebagai markasnya kerana peranan hati sangat menentukan pergerakan manusia. Segala gerak-gerik anggota manusia adalah atas arahan hatinya. Jika "iman" seseorang menguasai hatinya maka ia akan menjadi manusia yang baik. Tetapi jika sebaliknya "syaitan" yang menguasainya maka ia akan menjadi manusia yang jahat.

Atas sebab itulah maka Rasul bersabda: Sesungguhnya dalam tubuh manusia ada seketul daging. Jika dia baik maka akan baiklah seluruh tubuhnya. Dan jika dia rosak maka akan rosaklah seluruh tubuhnya, ketahuilah bahawa dialah hati.

Syaitan adalah musuh kita yang paling utama. Dialah punca segala bentuk kerusakan dan kejahatan diatas muka bumi ini. Oleh itu kita wajib membentengi hati kita denqan Iman atau Akidah yanq kukuh lagi mantap berdasarkan Al Quran dan Hadis Nabi yanq sahih. Dan selain itu kerana syaitan sangat pakar dalam menipu, maka kita juga perlu mengetahui bagaimana cara syaitan menyesatkan umat manusia.Semoga dengan banyak mengetahui bagaimana cara dia menyesatkan manusia maka kita akan selalu waspada terhadap tipu muslihatnya.

CARA SYAITAN MENGGODA MANUSIA:

1. Menghiasi kebatilan.Kebatilan biasanya berupa dalam gambaran yang buruk lagi, menjijikkan. Oleh sebab itu syaitan sentiasa berusaha menutup keburukan itu supaya kelihatan indah dan menarik.

Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya". (Al Hijr: 39)

Diantara contohnya: Menyanjung Nabi secara berlebihan dikatakan sebagai tanda cinta kepadanya, menambah amalan yang tidak warid (datanq) dari Nabi dikatakan akan lebih afdal ganjarannya, bertawassul dengan para wali yang telah wafat supaya doanya lekas makbul, meninggalkan amal ma'ruf nabi mungkar demi menjalin persaudaraan, dan lain-lain.

2. Menamakan ma'siat denqan istilah yanq menarik :

Berkata Iblis: " Hai Adam, mahukah saya tunjukkan kepada kamu pohon khuldi (pohon kekekalan) dan kerajaan yang tidak akan binasa?"(Thaaha / 20: 120)

Oleh itu jangan hairan kalau pengikut-pengikut syaitan dari kalangan manusia menamakan arak dengan minuman suci, riba dinamakan bunga atau faedah, pergaulan bebas dikatakan sebagai kemajuan atau moden, dan sebagainya.

3. Menamakan ketaatan dengan'istilah yang menakutkan:

Musyrikin Mekah berkata kepada Nabi Muhammad saw ketika beliau mengajak mereka beriman:"Akan berimankah kami sebagaimana orang-orang bodoh itu beriman"? (Al Baqarah 13)

Didalam ayat diatas mereka menggelarkan sahabat-sahabat yang beriman kepada Nabi saw sebagai orang-orang yang bodoh. Mereka juga menggelar Nabi SAW sebagai tukang sihir, penyair gila dan pembawa ajaran sesat dan lain lain lagi.Oleh itu jangan hairan kalau pada hari ini kita mendengar bermacam macam istilah seperti Golongan Ekstremis, Pelampau, Terrorist dan lain lain dilontarkan kepada pejuang-pejuang kebenaran yang ingin menegakkan Al Quran dan Sunnah Nabi saw. Sebagaimana mereka lontarkan istilah "mundur" kepada orang yang ingin menutup aurat dan berpegang teguh dengan ajaran agamanya.

Demikianlah halnya kalau hati telah dikuasai oleh syaitan maka segala-galanya akan menjadi terbalik. Maka Hidayah akan dikatakan Dhalalah (sesat), yang sesat dikatakan petunjuk. Yang Sunnah dikatakan bid’ah, dan bid'ah dikatakan Sunnah. Yang hak dikatakan batil dan yang batil akan dikatakan hak. Ukuran kebenaran bagi mereka adalah nafsu bukan lagi Al Quran dan Sunnah Nabi.

Hai orang orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul-(Nya) dan Ulil Amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalilah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (Sunnahnya), jika kamu benar benar beriman kepada Allah dan Hari Kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (An Nisa’ / 4: 59)

4. Dia menggoda melalui kegemaran seseorang:
Syaitan menggoda seseorang melalui perkara yang paling digemari oleh orang itu. Syaitan dapat membaca kegemaran Nabi Adam iaitu agar hidup kekal dalam syurga. Oleh itu dia goda Nabi Adam mealui buah khuldi (buah kekekalan).Adalah menjadi kegemaran manusia iaitu kuasa, takhta dan wanita. Oleh itu sungguh banyak manusia yang kecundang melalui saluran tersebut. Begitu juga dengan kegemaran bola sepak, golf, sepak takraw, badminton. Berapa banyak mereka yang mempunyai gegemaran ini akhirnya terlibat dengan judi rasywah dan meninggalkan solat?

5. Menggoda secara beransur-ansur:Syaitan tidak berkata: Hai manusia buatlah dosa itu dan ini! Tetapi caranya ialah dengan bertahap-tahap. Mula-mula memandang, kemudian tersenyum, lalu berteguran, kemudian berjanji, selanjutnya bertemu, dan akhirnya melakukan dosa. Allah berfirman:

"Hai orang-orang yanq beriman, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Barangsiapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan yang mungkar". (An Nuur / 24: 21)

Barangsiapa yang memahami kaedah " Saddudz Dzaraai " akan jelaslah baginya mengapa Islam melarang berkhalwat denqan wanita ajnabi (bukan mahram), membuat patung dan sebagainya.

6. Menghalang manusia mengikutl kebenaran:
Syaitan telah berjanji dihadapan Allah akan berusaha menyesatkan umat manusia kecuall orang-orang yang ikhlas.

" Iblis menjawab: Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus, kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat) ". (Al A'raaf / 7: 16 -17)

Maksud: " Saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus ". Menurut Imam Al Qurthuby: Iaitu menghalang-halangi mereka agar jangan mengikuti jalan yang lurus. Dihiasinya kebatilan sehingga kelihatan indah dan menarik. Akhirnya mereka musnah sebagaimana dia musnah. Sedangkan maksud " Jalan yang lurus " ialah jalan boleh menyampaikan manusia ke syurga.Menurut Al Hakam Bin 'Utaibah: " Dari hadapan mereka " ertinya dari dunia mereka, " Dari belakang mereka " ertinya dari akhirat mereka, " Dari kanan mereka " ertinya dari kebaikan mereka. " Dari kiri mereka " ertinya dari kejahatan mereka.

7. Menyamar sebagai penasihat:
Syaitan tidak mendatangi manusia sambil menyuruh: " Lakukanlah dosa ini, dosa itu supaya kamu nanti diseksa ". Tetapi biasanya syaitan datang menyamar sebagai penasihat." Dan dia (syaitan) bersumpah kepada keduanya:

" Sesungguhnya saya adalah termasuk orang yang memberi nasihat kepada kamu berdua ".(Al 'Araaf / 7: 21)

Allah mengingatkan kita supaya jangan terpedaya dengan nasihat manis syaitan itu:

"Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana dia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari syurga".(Al 'Araaf / 7: 27)

Untuk berhadapan dengan halangan yang dilahirkan oleh syaitan ini, maka hendaklah kita :

1. Melengkapkan diri dengan ilmu Fardhu Ain.
2. Gunakan ilmu Tauhid dan Feqah untuk mengenal halal dan haram.
3. Gunakanlah ilmu tasauf untuk menyuluh sifat mazmumah yang terkandung di dalam diri kita dan kikislah sifat tersebut dengan menggantinya dengan sifat mahmudah.
4. Sentiasa berlapar
5. Memohon perlindungan dengan Allah dari syaitan yang direjam

4. Nafsu


Surah Yusuf : 53Sesungguhnya nafsu itu sentiasa mengajak kepada kejahatan.

Apa yang bersesuaian dengan nafsu, merupakan apa yang dibisikkan oleh syaitan. Nafsu berada di dalam diri manusia. Kedua-dua syaitan dan nafsu merupakan musuh batin yang terdapat dalam diri manusia. Berbanding dengan musuh yang zahir iaitu manusia fasik, munafik dan kafir, syaitan dan nafsu tidak dapat dilihat, namun bisikan dan kesesatan yang mereka canangkan dalam diri seseorang boleh menyebabkan manusia yang tewas oleh bisikan mereka merana di dunia dan di akhirat.

Tewas di medan peperangan melawan Yahudi dan Nasrani belum tentu menyebabkan seseorang terjun ke neraka. Tetapi tewas dengan bisikan syaitan dan nafsu, pastinya mendatangkan dosa dan menyebabkan kita menjadi bahan bakaran di neraka Allah. Wal iya zubillah. Allah menjadikan malaikat mempunyai akal, tanpa nafsu. Allah menjadikan haiwan punya nafsu, tanpa akal. Dan Allah menjadikan manusia memiliki akal dan nafsu. Maka jadilah manusia itu sebaik-baik makhluk ciptaan Allah. Nafsu yang dimiliki manusia ini tidak mungkin di hapuskan. TETAPI nafsu tersebut boleh dididik untuk mentaati Allah.

Terdapat 7 tingkatan nafsu iaitu :
1. Ammarah
2. Lawwamah
3. Mulhamah
4. Mutmainnah
5. Radhiah
6. Mardhiah
7. Kamilah

Tingkatan nafsu yang hanya menjamin keselamatan di dunia dan akhirat ialah Mutmainnah, Radhiah, Mardhiah dan Kamilah.Bagi berhadapan dengan nafsu Amarah dan mempertingkatkan quality nafsu ke tingkatan yang lebih tinggi, maka seseorang itu hendaklah bermujahadatunnafsi melalui proses mujahadatunnafsi.

Proses mujahadatunnafsi ini melibatkan 3 perkara. Yang pertama takhalli, iaitu mengikis/membuang sifat mazmumah(sifat terkeji) dalam diri. Kedua ialah tahalli, iaitu mengisi/menggantikan sifat mazmumah dengan sifat mahmudah (sifat terpuji). Dan yang ketiga tajalli, setelah seseorang telah berusaha mengungkai sifat mazmumah dan bersabar mengisi hatinya dengan sifat mahmudah, maka kemanisan dalam beribadah akan hadir, inilah yang dinamakan tajalli.

Untuk melalui ketiga-tiga proses ini, maka seseorang itu hendaklah :
1. Melengkapkan dengan ilmu Fardhu Ain dan beramal dengannya
2. Mengekang sifat mazmumah dan memaksa diri menerima sifat-sifat mahmudah dengan sabar.
3. Kekang bisikan hati, tindakan perbuatan dan percakapan dengan sifat taqwa.
4. Berdoa kepada Allah.

Pertempuran Kedua : Aqobatut Taubah : TAUBAT

PERTEMPURAN TAUBAT

Muqaddimah
Makna Taubat
Hukum & Syarat Taubat
Cara Menyucikan Dosa/Bertaubat
Ciri-ciri Kesempurnaan Taubat
Mari Mengenal Dosa
Pembahagian Dosa
Punca-punca Dosa
Penutup

1.0 Muqaddimah

Firman Allah SWT, Surah Al Imran 135 – 136 :Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau yang menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosanya, dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain Allah ? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan keji kejinya itu, sedang mereka mengetahui. Mereka itu balasannya keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga yang dibawahnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal didalamnya dan itulah tempat yang sebaik-baiknya (balasan) orang-orang yang beramal.

Taubat. Suatu istilah yang pendek, yang senang disebut, tetapi sering di salah ertikan tuntutannya. Tuntutan taubat juga sangat berat untuk dipenuhi oleh orang yang merindui dosa dan kemungkaran. Sebaliknya, tuntutan taubat merupakan suatu kemanisan buat seseorang yang merindui untuk berdamping dengan kekasihnya yang sejati lagi hakiki iaitu Allah Rabbul Izzati.Kadang-kadang kita yang jahil ini sering terfikir. Kenapa kita perlu bertaubat ? Tidak lain dan tidak bukan ialah agar :

1.1 Kita dapat merasai keringanan dan kemanisan dalam beribadah. Agar hati kita sentiasa tenang. Kerana kejadian kita yang dicipta Allah SWT adalah untuk mengabdikan diri kepada Nya, adalah bersesuaian dengan fitrah kejadian kita yang benci menjadi hamba kepada selain Allah. ( Sila rujuk text Pertempuran yang lalu ). Kerana setalah merasa kemanisan dan keringanan dalam beribadah, maka kita telah pun menerima taufik, bagi melaksanakan hidayah yang telah kita kecapi.

1.2 Agar ibadah kita di terima oleh Allah SWT. Ibadah yang kita lakukan, sedang kita bergelumang dengan dosa dan maksiat, belum tentu dinilai oleh Allah SWT. Ibaratkan seorang rakyat yang kotor tubuh badan disaluti selut lumpur, pergi mengadap Raja untuk menerima hadiah. Apakah Raja akan gembira dengan rakyatnya yang pengotor datang mengadap untuk menerima hadiah ? Begitu juga halnya dengan diri kita. Seandainya diri kita dikotori oleh dosa dan kemungkaran, apakah mudah untuk Allah menerima ibadah kita ? Melainkan kita membersihkan diri kita dengan taubat..

2.0 Pengertian Taubat

Bersabda Rasulullah SAW :Penyesalan itu taubat (Riwayat Ibnu Majah, Ibn Hibban & Hakim)

Apakah taubat ? Taubat ialah proses kita menyucikan diri kita dari kekotoran dosa yang telah dilakukan. Pengertian taubat itu terbina di atas tiga factor.

2.1 Ilmu : Tanpa ilmu, seseorang tidak dapat membezakan antara yang haq dan yang bathil. Tanpa ilmu seseorang tidak akan tahu rukun dan syarat dalam beribadah. Tanpa ilmu juga, tidak akan wujud kesedaran, kerana tiada cahaya penyuluh ke arah jalan kebenaran.

2.2 Penyesalan : Lahir dari rasa kesedaran. Setelah seseorang dilengkapi dengan ilmu, maka mudahlah dia menyuluh perjalanan hidupnya didunia. Dapatlah dia membezakan antara yang haq dan yang bathil. Tahulah seseorang, antara amalan yang dianugerahi pahala dan amalan yang mengundang dosa. Disinilah hidayah mula berputik dan mengetuk pintu hati seseorang untuk sedar akan keterlanjuran diri yang berbuat dosa. Kesedaran untuk kembali kepada Allah sebagai seorang hamba Allah dan bukan menjadi hamba kepada selain Allah. Apakah hidayah ? Hidayah ialah apabila kita menerima kesedaran akan sesuatu perbuatan, perkataan atau lintasan hati yang membolehkan kita membezakan antara yang haq dan yang bathil.

2.3 Kesengajaan untuk meninggalkan kesalahan dan maksiat yang telah dilakukan. Meninggalkan perbuatan maksiat tanpa ada paksaan. Sebaliknya dengan hati yang tulus ikhlas. Di sini factor taufiq memain peranan. Setelah pintu hati diketuk oleh kesedaran, maka taufiq memainkan peranan untuyk mendorong seseorang meninggalkan perbuatan keji tersebut dan mengamalkan suruhan Allah SWT.

Apakah taufik ? Taufik ialah daya dorong untuk kita melaksanakan sesuatu perkara yang makruf dan meninggalkan perkara yang mungkar.

Apabila tidak wujud ketiga-tiga factor ini, maka tidak hairan orang yang melakukan sesuatu perkara dalam keadaan jahil. Disangka mereka dengan mengucap istighfar sudah memadai dan memenuhi tuntutan taubat. Amalan yang bukan amalan taubat atau HANYA sebahagian dari amalan taubat didakwa oleh mereka sebagai sudah bertaubat. Contohnya : lafaz istighfar. Ianya salah satu dari amalan taubat, tetapi orang yang melafazkannya belum tentu bertaubat. Ramai sudah kita ketemu, seseorang mengatakan dia sedar akan kesalahan mereka, dan mereka mengucapkan lafaz istighfar. Sesudah itu mereka lakukan semula dosa kemungkaran yang sama.

Begitu halnya dengan agama-agama yang lain. Kristian, untuk bertaubat, mereka ke gereja, bertemu dengan pendeta mereka dan mengaku kesalahan mereka seterusnya membuat pembayaran di atas dosa yang telah mereka lakukan. Apakah kita perlu berbuat demikian sedangkan Allah Maha Agung dan Maha Berkuasa untuk menerima taubat kita ?

Sebab itu , ilmu, kesedaran(menyesal) dan kesengajaan meninggalkan maksiat menjadi asas terbinanya pengertian taubat. Sedar bahawa dosa itu amat buruk dan terkutuk. Sedar bahawa dosa akan dibalas dengan siksa Allah di akhirat. Sedar bahwa di dunia lagi diri makhluk adalah lemah, apatah lagi jika di akhirat. Jadi dengan ketiga-tiga factor inilah akan memudahkan kita untuk bertaubat.

3.0 Hukum dan Syarat Taubat

Hukum taubat adalah FARDHU AIN. Hukum taubat adalah wajib. Seseorang yang telah melakukan dosa WAJIB baginya bertaubat. Rasulullah SAW yang maksum (terpelihara dari dosa) pun bertaubat. Apa lagi orang awam macam kita yang sememangnya tidak dijamin syurga, memang sewajarlah dan wajiblah bertaubat.

Al Aghor Bin Yassar Al Muzani ra. Berkata : Rasulullah SAW bersabda : Hai sekelian umat manusia. Bertaubatlah kamu kepada Allah, dan istighfarlah (minta ampun) kepada Nya, maka sesungguhnya setiap hari bertaubat seratus kali. (Riwayat Muslim)

Syarat taubat bergantung kepada dosa yang telah dilakukan. Dosa yang dilakukan ada dua jenis. Pertama dosa dengan Allah. Kedua, dosa sesama manusia. Seperti dinyatakan, taubat adalah penyucian diri dari dosa yang telah dilakukan.

Dosa terbahagi dua iaitu :

3.1 Dosa kepada Allah : kerana meninggalkan/mengabaikan apa yang diperintah Allah serta melakukan apa yang dilarang Allah.

3.2 Dosa sesama makhluk : ada 4 jenis dosa yang melibatkan makhluk. Ke-empat-empat jenis dosa tersebut ialah :

3.2.1 Dosa yang ada hubungan dengan diri seseorang (contoh : kita pukul dia)
3.2.2 Dosa yang ada kaitan dengan harta seseorang (contoh : kita mencuri duitnya)
3.2.3 Dosa yang ada kaitan dengan keluarganya (contohnya : kita menuduh isteri seseorang yang suci sebagai penzina)
3.2.4 Dosa yang ada kaitan dengan agama seseorang (contohnya : kita mengajar ajaran sesat yang menyalahi aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah kepada orang)

4.0 Cara menyucikan dosa / Bertaubat

4.1 Dosa dengan Allah : ada tiga syarat yang perlu ditempuh iaitu :
4.1.1 Menyesal atas dosa-dosa yang dilakukan
4.1.2 Tinggalkan perbuatan yang mengundang dosa
4.1.3 Berusaha bersungguh-sungguh untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut.

4.2 Dosa sesama makhluk :
4.2.1 Menyesal atas dosa-dosa yang dilakukan
4.2.2 Tinggalkan perbuatan yang mengundang dosa
4.2.3 Berusaha bersungguh-sungguh untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut.
4.2.4 Memohon maaf dan kifarah kepada orang yang dilakukan dosa

Taubat yang diterima Allah ialah taubat yang dilakukan dengan penuh keinsafan, ikhlas dan sungguh-sungguh. Marilah kita renungi firman Allah SWT ,

Surah Az Zumar : 53Katakanlah : Hai hamba-hamba Ku (yang mengerjakan sesuatu yang) melampaui batas, terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya DIA lah yang mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya DIA lah yang Maha Pengampun , lagi Maha Penyayang.

5.0 Ciri-ciri Kesempurnaan Taubat

Apakah tanda taubat yang dilakukan diterima Allah SWT ? Taubat yang diterima Allah ialah taubat yang sempurna. Tanpa kesempurnaan ini, maka cacatlah amalan taubat tersebut. Dari Kitab Al Mauizatul Mukminin disebutkan, taubat disempurnakan apabila terdapat di dalamnya 8 ciri :

5.1 Menyesali terhadap dosa yang lalu
5.2 Menunaikan segala kewajipan yang dipertanggungjawabkan
5.3 Mengembalikan hak milik kepada yang empunya
5.4 Meminta dihalalkan dari yang dicuri
5.5 Berniat untuk tidak mengulangi kesalahan
5.6 Mendidik diri agar terlatih membuat kebaikan sebagaimana diri pernah terlatih membuat kemaksiatan.
5.7 Memberikan rasa kepada diri mu dan kepahitan beramal kebaikan, sebagaimana dirimu pernah merasai kemanisan berbuat kemaksiatan.
5.8 Memperbaiki apa-apa yang dimakan dan diminum

6.0 Mari Mengenal Dosa

Apabila kita membicarakan perihal taubat, maka kita tidak lepas lari dari membicarakan dosa. Apakah dosa ? Dosa ialah sesuatu yang mengundang murka Allah SWT.

7.0 Pembahagian Dosa

Dalam Kitab Al Mauizatul Mukminin juga ada disebut 7 jenis kategori dosa :
7.1 Terletak di dalam hatiMenyekutukan Allah dengan sesuatuTerus-terusan mengekalkan maksiatPutus asa dari rahmat Allah SWTMerasa aman dari siksaan dan azab Allah SWT
7.2 Terletak pada lidahPenyaksian dusta dan bathil (saksi bohong)Menuduh orang yang suci melakukan zinaMelakukan perbuatan sihirSumpah palsu. Iaitu sumpah yang membenarkan sesuatu yang bathil dan menafikan sesuatu yang haq.
7.3 Terletak pada perutMeminum minuman kerasMemakan harta anak yatim secara penganiayaanMemakan riba
7.4 Terletak pada kemaluanBerzinaLiwatHubungan sesama sejenis
7.5 Terletak pada dua tanganMembunuh jiwa tanpa kebenaran menurut syariat IslamMencuri, merompak dan yang sewaktu dengannya
7.6 Terletak pada dua kakiMelarikan diri dari medan peperangan menentang kafir harbi dan munafik
7.7 Terletak pada seluruh tubuh badan iaitu menderhaka kepada kedua orang tua.

8.0 Punca-punca Dosa

Al Imam Ghazali rahimahumullahutaala meyimpulkan bahawa timbulnya segala dosa berpunca dari :

8.1 Seseorang memiliki sifat ketuhanan : Sifat yang layak dimiliki hanya oleh Allah, digunapakai oleh makhluk. Antara sifat-sifat tersebut ialah takabbur, suka dipuji, suka disanjung, suka disyukuri. Tidak layaklah seorang makhluk memiliki sifat-sifat tersebut. Seandainya ada di kalangan makhluk bersifat sebegitu, maka saling tak tumpah dengan perilaku Firaun laknatullah. Dari sifat-sifat ketuhanan yang digunapakai oleh makhluk inilah lahirnya sifat ujub, riya’ dan seumpamanya.

Arwah datuk ku pernah berpesan :“Seandainya hamba , berlagak hamba. Tuannya (Boss) akan sayang kepadanya. Tetapi jika Tuan berlagak hamba (tawadduk dan rendah diri), Allah akan sayang kepadanya. Apabila Allah sayang kepadanya, maka tidak ada apa lagi yang harus digusarkan. Kerana segala-galanya dibawah naungan dan lindungan Allah SWT”

8.2 Seseorang memiliki sifat kesyaitanan : Sifat yang lahir dari watak-watak syaitan seperti hasad dengki, pembelot, khianat, mengajak manusia ke arak kemungkaran dan kefasikan. Menzahirkan Islam sambil menyembunyikan kekufuran.

8.3 Seseorang memiliki sifat-sifat bahimiah ( kebinatangan) : Iaitu tamak, menindas, menuruti nafsu syahwat.

8.4 Seseorang memiliki sifat subu’iah (kebuasan) : berlakulah peri laku keganasan, pemarah dan sebagainya.

Dari keempat-empat sifat inilah lahir pelbagai pokok mungkar dan maksiat yang bercabang-cabang dan menghasilkan buah dosa. Seandainya kita tidak sedar dari kekufuran maksiat ini, serta mencantas akar umbi pokok kemungkaran ini, maka pokok mungkar ini akan terus subur dan membuahkan semakin banyak dosa. Tanpa rasa kehambaan, maka sukarlah untuk kita menerima kebenaran yang datang dari Allah dan Rasul Nya.

Aqobatul Ilm - Pertempuran Pertama : ILMU

Sabda Rasulullah SAW :"Barangsiapa yang Allah kehendaki ia akan kebaikan, maka Allah berikan dia faham di dalam agamanya" Riwayah Bukhari & Muslim

Pertempuran pertama yang perlu ditempohi dalam menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim ialah pertempuran untuk mendapatkan ilmu Islam. Tanpa ilmu, ibarat seseorang itu berjalan di dalam kegelapan. Tidak nampak jalan yang hendak dituju. Dan tidak tahu matlamat arah tujuan. Orang yang dipimpin Allah yang telah direzkikan Allah untuk menjadi hamba-hamba Nya, akan diberikan Allah perasaan mencintai ilmu. Lantas dirinya juga amat mudah faham akan ilmu yang pelajari.

Dari Abu Bakrah ra., Dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Jadikanlah dirimu orang alim atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pelajaran agama, atau pun orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut); dan janganlah engkau menjadi (dari) golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa."(Al-Bazzar)

Ilmu merupakan perkara asas, atas setiap amal perbuatan. Untuk menjadi seorang yang mentaati Allah memerlukan ilmu. Untuk menjadi seorang menderhakai Allah juga perlukan ilmu. Inilah kepentingan ilmu. Dan ilmu yang dituntut untuk kita pelajari, fahami, yakini, amalkan dan perjuangkan ialah ilmu Fardhu Ain.Tanpa ilmu, ibadah yang dilakukan oleh seseorang tidak dapat dihayati dan dilakukan secara semborono. Tanpa ilmu, maka cacatlah ibadah. Justeru itu, cacatlah juga hubungan kita dengan Allah dan sesama manusia. Maka terhinalah kita seperti diisyaratkan Allah dalam

surah Al Imran ayat 112 :"Mereka ditimpakan kehinaan (dari segala jurusan) di mana sahaja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari manusia dan sudah sepatutnya mereka beroleh kemurkaan dari Allah dan mereka ditimpakan kemiskinan (dari segala jurusan). Yang demikian itu disebabkan mereka sentiasa kufur ingkar akan ayat-ayat Allah (perintah-perintahNya) dan mereka membunuh Nabi-nabi dengan tiada alasan yang benar. Semuanya itu disebabkan mereka derhaka dan mereka sentiasa mencerobohi (hukum-hukum Allah). "

Dalam pertempuran untuk menimba Ilmu, seseorang itu perlu menguasai tiga senjata bagi menjamin kemenangan dalam pertempuran untuk menimba ilmu. Seandainya ketiga-tiga senjata tersebut dapat dikuasai, pertempuran pertama ini pasti dapat dimenangi. Ketiga-tiga senjata itu ialah :

1. Ilmu Tauhid
2. Ilmu Fekah
3. Ilmu Tasauf

A. Ilmu Tauhid :

Ilmu yang paling pertama dan utama dalam agama adalah ilmu tauhid. Tauhid ertinya mengesakan Tuhan serta mengiktiqadkan dengan sepenuh keyakinan bahawa Allah SWT adalah Tuhan yang menciptakan alam ini beserta dengan bukti-bukti yang jelas. Jadi ilmu Tauhid ialah ilmu untuk mengenal Allah dengan sifat-sifat Nya yang wajib, mustahil dan harus. Begiru juga ilmu Tauhid ilmu yang mengenalkan kita dengan Rasul dan Nabi melalui sifat-sifat mereka yang wajib, mustahil dan harus.

Ilmu Tauhid juga merupakan ilmu yang membahaskan rukun-rukun iman yang enam, yang menjadi keyakinan seluruh umat Islam. Antara kepentingan ilmu Tauhid ialah :

a. Memperbetulkan keyakinan terhadap Zat Pencipta.
b. Menjauhkan sebarang keyakinan selain dari Allah SWT
c. Menjauhkan sebarang penyembahan selain dari Allah SWT
d. Memberi panduan bagaimana untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT.

Setiap orang wajib mempelajari ilmu tahuhid dan aqidah agar mengetahui Tuhan yang dia sembah, mengetahui nama-nama, sifat-sifat dan perbuatan-Nya, mengetahui tentang hukum-hukum kauniyah-Nya (ketentuan-Nya tehadap alam) dan hukum-hukum syari'ah-Nya, mengetahui kebijakan-Nya dan rahasia syari'ah dan ciptaan-Nya, sehingga dia tidak tersesat dan menyesatkan orang lain.Ilmu ini membicarakan secara mendalam akan persoalan rukun iman yang enam. Iaitu :

1. Beriman Kepada Allah : Dengan Iman, kita membulatkan keyakinan dan menundukkan diri serta hati kita hanya kepada-Nya.Secara positifnya kita menuju Tauhid yang semurni-murninya dan secara negatif kita menolak segala bentuk pemujaan kepada selain Allah s.w.t.

2. Beriman Kepada Malaikat-Malaikat : Dengan Iman kita mempercayai bahawa adanya makhluk ghaib yang bernama Malaikat yang menjalankan tugasnya mengikut perintah Allah.Secara positif kita percaya kepada alam ghaib yang ditegaskan oleh Allah dan secara negatif kita menolak segala bentuk ghaib yang tidak dinyatakan Allah

3. Beriman Kepada Rasul-Rasul : Dengan beriman kepada Rasul-Rasul, kita mempercayai adanya pesuruh-pesuruh Allah di muka bumi ini untuk dijadikan petunjuk dan teladan.

4. Beriman Kepada Kitab-Kitab : Dengan beriman kepada kitab-kitab suci, kita mempercayai adanya kitab-kitab Allah yang memimpin manusia, yang di akhiri oleh Kitab Al-Quran

5. Beriman Kepada Hari Kiamat : Dengan Iman, kita mempercayai bahawa di sebalik kehidupan di dunia yang fana ini masih ada lagi kehidupan yang abadi dan berkekalan iaitu suatu tempat penentuan kedudukan manusia sama ada di syurga atau neraka.

6. Beriman Kepada Qada' dan Qadar : Dengan beriman kepada qada’ dan qadar, kita mempercayai bahawa di samping kita berusaha dan merancang akan kehidupan di dunia ini, Allah telah menentukan segala sesuatu itu dan terletak di dalam kekuasaan-Nya.

Ilmu Tauhid yang dituntut untuk dipelajari adalah sekadar untuk mengesahkan iktiqad seseorang Muslim. Oleh itu seorang muslim dituntut untuk mengenal Allah dan Rasul-Nya. Untuk mengenal Allah yang mempunyai adalah melalui sifat Nya, nama Nya dan penciptaan Nya. Allah yang memiliki segala sifat kesempurnaan dan Maha Suci Allah dari segala sifat kecelaan. Maka wajiblah seseorang muslim mempelajari, memahami, meyakini dan mengamalkan sekurang-kurangnya 20 sifat yang wajib bagi Allah, 20 sifat yang mustahil bagi Allah dan satu sifat yang harus bagi Allah beserta hujjah/dalil naqli dan hujjah/dalil aqli walaupun secara ijmali.

Begitu juga seorang muslim dituntut untuk mempelajari 4 sifat yang wajib bagi Rasul & Nabi, 4 sifat yang mustahil bagi Rasul dan Nabi, serta satu sifat yang harus bagi Rasul & Nabi beserta hujjah/dalil naqli dan hujjah/dalil aqli walaupun secara ijmali. Kesemua sifat-sifat yang disebut tadi wajiblah dipelajari, difahami, diyakini beserta dalil-dalilnya walaupun secara ijmal (ringkas). Kesemua sifat-sifat yang disebut tadi merupakan senjata-senjata ampuh buat setiap pejuang yang ingin bertempur di medan perjuangan menimba ilmu.Barangsiapa yang tidak mempelajari ilmu Tauhid, atau mengenal Allah dan Rasul secara tafsili ( detail ) atau ijmali ( ringkas), iqtiqadnya tidak sah dan amalannya tertolak.

B. Ilmu Feqah ialah ilmu untuk seseorang Muslim mengenal hukum-hukum syarak berhubung dengan amalan dan perbuatan Mukallaf yang diambil dari sumber-sumber Al Quran dan Hadis secara terperinci serta sumber dari ijmak ulamak dan ijtihad.Melalui Ilmu Feqah maka kita tahu dalam amal perbuatan, perkataan yang mana satukah tergolong dalam salah satu dari lima hukum yang kita perjelaskan di bahagian muqaddimah yang lalu iaitu hukum wajib, sunat, haram, makruh dan harus.Melalui Ilmu Feqah juga kita dapat tahu dan kenal akan sah sesuatu amalan. Iaitu sama ada sesuatu amalan atau ibadah itu dilakukan dengan cukup rukun dan syaratnya seperti diperjelaskan oleh Allah di dalam Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Seandainya tidak cukup syarat dan rukun, maka amalan tersebut adalah batal.

Apa itu syarat ? Syarat ialah sesuatu hal yang terletak di luar ibadah (muamalah), tetapi wajib dipenuhi. Contohnya : Syarat wajib sembahyang ialah : Islam, Baligh, berakal (Mukallaf).

Apa itu rukun ? Rukun ialah sesuatu perkara yang wajib dipenuhi dan terletak di dalam Ibadah (Muamalah). Contohnya : Rukun sembahyang adalah niat.

Sekurang-kurang Ilmu Feqah yang wajib setiap muslim pelajari ialah sekadar Fardhu Ain. Iaitu mengetahui syarat dan rukun untuk menentukan sah dan batalnya sesuatu ibadah terutama yang melibatkan persoalan rukun Islam iaitu sembahyang, puasa, zakat, menunaikan haji serta melaksanakan tuntutan kalimah syahadah.

Ilmu feqah terbahagi pula kepada 4 juzuk ilmu yang lain iaitu :
1. Ibadah
2. Muamalah
3. Munakahah
4. Jenayah

Ibadah : memperjelaskan sah atau batalnya sesuatu amal ibadah kepada Allah SWT. Ianya melibatkan penyaluran ilmu dan kefahaman terhadap rukun dan syarat-syarat yang perlu ditempohi untuk mengesahkan amalan tersebut seperti yang dikehendaki oleh Allah SWT. Dimulai dengan menyalurkan ilmu Taharah (bersuci) , Solat, Zakat, Puasa dan Haji serta sub-juzuk sub-juzuk yang terkandung dalam setiap tajuk.

Muamalah : ianya memperjelaskan akan hal ehwal yang bersangkut-paut dengan jual beli, urusniaga, transaksi dan ekonomi. Di dalamnya juga terkandung syarat dan rukun yang wajib dipatuhi oleh setiap muslim.

Munakahah : memperjelaskan hal ehwal kekeluargaan. Ia bersangkut-paut dalam menjalin hubungan sesama manusia dalam erti kata kekeluargaan. Bermula dari niat untuk berkehendak kepada pasangan hidup sehinggalah mengedarkan harta wasiat setelah seseorang Muslim kembali bertemu Allah SWT. Juga tidak terlepas untuk kita membicarakan tentang rukun dan syarat sah tatkala kita membahaskan ilmu ini.

Jenayah : memperjelaskan undang-undang hidup manusia di dunia apabila batas kemanusiaan dan kemasyarakatn dinodai. Di dalamnya juga terkandung rukun dan syarat untuk mengesahkan atau terbatalnya sesuatu perkara.

C. Ilmu Tasawuf ialah senjata ketiga yang diperlukan oleh seseorang Muslim untuk mempastikan kemenangan dalam pertempuran untuk menuntut ilmu. Tasawuf bermakna menyucikan. Ianya adalah bertujuan agar seseorang Muslim tahu, kenal dan dapat membezakan antara sifat mahmudah dan sifat mazmumah. Ia juga bertujuan agar seseorang muslim itu tahu bagaimana menyingkirkan sifat mazmumah dari dalam diri mereka serta menunjukkan jalan bagaimana ingin mendapatkan sifat mahmudah. Setiap muslim diwajibkan mempelajari dan memahami sekurang-kurangnya 10 sifat mahmudah dan sekurang-kurangnya 10 sifat mazmumah. Agar mereka dapat berusaha menjauhi dari memiliki sifat mazmumah yang terkeji. Serta mereka berusaha untuk mendapatkan sifat mahmudah yang terpuji.

Setelah ketiga-tiga senjata yang ampuh ini (Ilmu Tauhid, Ilmu Feqah dan Ilmu Tasawuf) ini dimiliki dan berjaya difahami, diyakini dan diamalkan seterusnya diperjuangkan dalam kehidupan sehari-hari, maka secara tidak langsung telah berjayalah seseorang muslim itu menempah kemenangannya yang pertama dalam salah satu dari tujuh pertempuran.

InsyaAllah, kita akan berusaha untuk memperkemaskan lagi ketiga-tiga cabang ilmu ini. Agar kita dapat memperjelaskan satu persatu apa yang terkandung di dalam ketiga-tiga cabang ilmu ini dalam satu lagi program yang akan menyusul tidak lama lagi iaitu slot program Fardhu Ain.

The Seven Battle : Muqaddimah

Alhamdulillah, mari kita panjatkan syukur ke hadrat Allah. Semoga dengan mengucapkan syukur ke hadrat Allah, Allah akan tambahkan nikmat yang ada pada kita dengan nikmat-nikmat yang lain. Dan nikmat yang terbesar Allah kurniakan kepada kita ialah nikmat iman dan Islam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW. semoga dengan mengucapkan selawat ke atas baginda, akan menambahkan rasa kecintaan kita kepada baginda.Alhamdulillah dengan kudrat Allah dan keizinan Allah, maka terhasilnya tazkirah bersiri berdasarkan buku yang berjudul The Seven Battle .

Buku The Seven Battle disusun berdasarkan syarah dari kitab Minhajul Abidin karangan Al Imam Al Ghazali dan kitab Al Qatru Ghaisiyyah oleh almarhum datuk aku, Allahyarham Haji Ehsan Haji Harun. Ianya mengupas kepada peringkat-peringkat yang perlu dilalui oleh seorang muslim dalam menjalani kehidupan sebagai seorang muslim yang sebenar iaitu sebagai hamba Allah dan khalifah Allah yang mukmin lagi muttaqin. Seandainya ada manfaat ilmu dari buku yang ditulis ini, serta ada manfaat ilmu dari tazkirah bersiri ini, semoga ianya menjadi amal jariah buat Allahyarham datuk ku, ibu ku,ayah ku dan juga guru ku.

Dinamakan The Seven Battle yang bermaksud tujuh pertempuran. Pertempuran kerana dinisbahkan kepada kesukaran, kepayahan dan penderitaan yang terpaksa ditempuh untuk mencapai matlamat yang hakiki. Ia merupakan suatu proses yang dilalui oleh seorang muslim dalam permusafirannya di dunia menuju ke negara akhirat yang kekal abadi. Apabila kita membicarakan persoalan pertempuran, maka kita tidak akan lepas lari dalam memperkatakan tentang jihad. Dan setiap yang mebabitkan jihad, pastinya menuntut pengorbanan. Dan pengorbanan yang dilakukan di jalan Allah, pastinya akan menghampirkan diri kepada Allah SWT.

The Seven Battle juga dinisbahkan kepada tujuh pertempuran, kerana itulah tujuh peringkat yang dinyatakan di dalam kitab Minhajul Abidin dan Al Qatru Ghaisiyah untuk setiap muslim bagi menghampirkan diri kepada Allah. Dinisbahkan dengan pertempuran, kerana setiap peringkat tersebut bukanlah sesuatu yang boleh diperolehi tanpa usaha yang gigih dan bersungguh-sungguh untuk mentaati perintah Allah dan menjauhi larangan Allah demi menghampirkan diri kepada Nya sebagai seorang hamba Nya. Dan sebagai khalifah Nya untuk mentadbir duni ini dengan hukum-hakam Nya.

Firman Allah dalam Surah Adz Dzariyat : 56Tidak Aku menjadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada Ku.

Mengabdikan diri kepada Allah SWT merupakan matlamat Allah jadikan manusia di dunia. Hujjah dan dalil manusia menjadi hamba Allah kuat. Bukan setakat ayat ke 56 dari Surah Adz Dzariyat menegaskannya, tapi dalil akal dan fitrah pun bersetuju bahawa memang wajar manusia menjadi hamba Allah.

Seandainya ada yang melabelkan kita sebagai "hamba Allah” . Secara langsung hati nurani dan akal kita merasa senang dan bahagia apabila kita dilabelkan dengan gelaran hamba Allah. Tetapi, seandainya ada yang datang kepada kita dan melabelkan kita sebagai "hamba Syaitan","hamba Nafsu", "hamba manusia", "hamba dunia"Secara langsung hati nurani dan akal kita merasa marah dan benci. Fitrah kita tidak boleh menerima kita menjadi hamba selain kepada Allah SWT. Inilah bukti dan dalil, bukan sahaja Allah menegaskan didalam surah Adz Dzariyat ayat ke 56, malah akal dan fitrah kejadian manusia itu sendiri tidak boleh menerima untuk menjadi hamba kepada yang lain kecuali Allah.

Ibadah mencakup seluruh aspek kehidupan manusia sebagaimana yang disyariatkan dalam Islam. Itulah yang kita amalkan dalam hidup kita sehari-hari asalkan tidak bertentangan dengan Al Quran dan Sunnah. Bagi memperjelaskan uslub atau kaedah bagaimana ingin menjadikan setiap aspek kita menjadi ibadah, maka konsep ibadah ini dapat diuraikan kepada tiga juzuk yang mencakup seluruh aspek kehidupan manusia, yaitu :

A. Ibadah asas ( yang mencakup persoalan rukun iman dan rukun Islam yang kedudukan hukumnya Fardhu Ain)
B. Ibadah yang menjadi cabang kepada ibadah yang asas ( amalan fardhu kifayah dan amalan sunat)
C. Ibadah umum. ( segala perbuatan, perkataan, amalan seharian manusia dalam kategori mubah atau harus seperti makan, berjalan, tidur etc. Seandainya bersesuaian dengan 5 syarat, maka perkara yng harus itu beroleh pahala dan menjadi ibadah.

syarat tersebut ialah :
1. Niat yang benar ( hanya kerana Allah)
2. Pelaksanaannya benar, (tidak melanggar syariat Allah)
3. Perkara kegiatan tersebut dibenarkan oleh syariat dan mendapat keredhaan ALLAH
4. Natijah (Hasil) mesti baik dan tidak menzalimi diri dan makhluk Allah.
5. Tidak meninggalkan atau melalaikan ibadah-ibadah asas.

Manusia juga dicipta Allah untuk menjadi khalifah Nya di muka bumi. Bersesuaian dengan firman Allah SWT ,

Surah AL Baqarah ayat ke 30Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya: "Adakah Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya

Menjadi khalifah untuk mentadbir alam ini dengan hukum-hakam Allah dengan peraturan yang telah Allah tetapkan. Allah sahaja yang layak menentukan peraturan bagi setiap ciptaan NYA. Ibarat sebuah televisyen jenama SONY, adalah mustahil manual pengguna dari jenama SAMSUNG digunapakai oleh pengguna untuk mengoperasikan peralatan tersebut.

Begitu jugalah dunia dan alam ini, ianya ciptaan Allah, maka Allah sahajalah yang selayak menentukan peraturan yang wajib dipatuhi oleh makhluk ciptaan NYA. Hukum-hakam Allah inilah dipanggil syariat.

Hukum syariat ada lima iaitu :
1. Wajib = dibuat dapat pahala, ditinggalkan berdosa, kedudukannya MESTI buat
2. Sunat = dibuat dapat pahala, ditinggalkan tak mengapa . kedudukannya ELOK buat
3. Haram = dibuat berdosa, ditinggalkan dapat pahala, kedudukannya MESTI tinggal
4. Makruh = ditinggalkan dapat pahala, dibuat tak mengapa, kedudukannya ELOK tinggalkan
5. Harus = dibuat atau ditinggalkan dosa tak dapat, pahala pun tak dapat, kedudukannya terpulang pada diri sendiri tempoh 5 syarat ibadah , beroleh pahala. Lima syarat tersebut yang kita sebutkan di atas tadi.

Secara ringkasnya, peringkat-peringkat yang perlu kita tempohi atau pertempuran-pertempuran yang perlu kita hadapi adalah seperti berikut :

1. Pertempuran di medan Ilmu – untuk mendapatkan ilmu
2. Pertempuran di medan Taubat – untuk menyucikan diri dari dosa
3. Pertempuran di medan ‘Awa’iq (Penghalang Ibadah) – mengahalang sama sekali untuk kita beribadah
4. Pertempuran di medan A’warid (Pemesong Ibadah) – secara halus melalaikan kita untuk beribadah
5. Pertempuran di medan Bawai’th ( Pendorong Ibadah) – menyeimbangkan rasa khauf (takut) dan rasa raja’ (harap)
6. Pertempuran di medan Qawadih (Perosak Ibadah) – mengatasi rasa riya’ dan ujub
7. Pertempuran di medan Hamdi Wa Syukri (Pujian dan kesyukuran) – mentajallikan (menzahirkan) kepujian dan kesyukuran kepada Allah

Oleh itu marilah kita renung sejenak, mudah-mudahan ilmu yang bakal dihidangkan nanti dapat memandu kita untuk merenung ke dalam diri kita dan menghisab diri kita. Sejauh mana kita telah melaksanakan tuntutan titah perintah Allah serta meninggalkan larangan Nya.InsyaAllah di hari dan waktu yang sama minggu hadapan, akan kita kupas dengan lebih lanjut kesemua pertempuran yang bakal kita hadapi dan tentera musuh yang bakal kita tentang satu persatu. Semoga ianya dapat kita jadikan panduan untuk menjadi hamba Allah dan khalifah Allah.Kita tangguhkan majlis kita dengan membaca tasbih kifarah dan membaca surah Al Asr.